SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, Februari 09, 2011

Belia 4B bersama Khidmat Masyarakat Pemuda BN di Sg Gemas

Dalam membentuk Belia yang sentiasa berkhidmat dalam masyarakat, Pemuda BN dan Belia 4B Kawasan Tampin mengambil langkah tepat dan segera untuk membantu Mangsa-mangsa banjir di sekitar Daerah Tampin. Yang mana kali ini 35 ahli Belia Kg Btg Rokan telah turut serta dalam misi membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di Taman Sg Gemas.
 Tidak terkecuali barisan Pemuda UMNO Bahagian Tampin serta parti-parti komponen seperti MCA ,MIC ,PPP dan lain2. Barisan NGO iaitu gerakan belia 4B Tampin dan Selia Group  serta Jabatan Kerajaan seperti Tentera, Bomba, PGA, JPAM, Klinik Kesihatan Tampin, Majlis Daerah Tampin dan Pejabat Daerah Tampin
200 rumah di Taman Sg Gemas di landa banjir yang amat teruk hingga ke paras syiling. Hampir kesemua
peralatan isi rumah terpaksa di buang dan mengakibatkan satu kerugian yang amat bernilai buat penduduk di Taman tersebut. Semua sukarelawan bertungkus lumus membantu rumah mangsa banjir tanpa mengira kaum.
mengaharapkan ihsan untuk membantu mangsa banjir.
 NGO yang bersama termasuk K.Pemuda UMNO bahagian.
 tatapan foto lebih menerangkan segala2 nya.

 Terima Kasih kepada semua yang terlibat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan