SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Sabtu, Februari 19, 2011

Mesyuarat PPK Unit Kampung Batang Rokan

Pertubuhan Peladang Kawasan Tampin Tanggamas (Gemencheh) telah mengadakan mesyuarat UNIT Kampung Batang Rokan pada 18.02.2011 (jumaat) jam 3.00 petang. Semua ahli-ahli unit hadir untuk membincang dan mendengar prasarana2 baru mahupun dividen-dividen yang akan di perolehi. Hampir 50 peserta yang bekesempatan hadir pada hari tersebut, dan amat bertuah bagi mereka kerana pada tahun ini ahli-ahli unit telah di benarkan untuk menambah unit (dana saham) keahlian masing2.. 
Ucapan Ybhg Datok Hj Badaruddin B Dahlan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah,
turut hadir En Zainal B Ab Wahid Ketua UNIT Kg Btg Rokan serta Tn Hj Abdul Azim B Abdul Latib
Sebahagian peserta yang bekesempatan hadir
Ahli UNIT di benarkan untuk menambah dana keahlian bagi tahun ini selepas PPK Tanggamas telah berjaya membawa usul yang di bawa tahun lepas iaitu untuk menambah modal berbayar, dan elaun kehadiran mesyuarat juga dapat di tambahkan. Jumlah keahlian bagi unit Kg Btg Rokan adalah seramai 138 orang sehingga kini, namun PPK Tampin telah membuka kembali borang keahlian baru untuk tahun ini dan unit saham hanya di beri sebanyak RM4000 untuk setiap unit sahaja.

usul-usul bagi tahun ini juga masih memohon agar kehadiran keahlian dapat di tambah bagi mesyuarat tahun hadapan, khairat kematian juga di pohon supaya di tambah, dan pelbagai isu2 akan di bawa oleh AJP ke mesyuarat AJP akan datang.

1 ulasan:

  1. Alhamdulilah...
    Terima Kasih pada sahabat yang memberi pandangan, admin akan panjangkan cadangan ini dan mudah2 an apa yg kita rancang akan di beri keizinan Nya.. Insyaallah..

    BalasPadam