SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, Disember 24, 2010

e-GDW @ Agensi Risda

Kampung GDW Risda Negeri Sembilan telah terlibat dalam Majlis Penerangan Sistem e-GDW yang berlangsung pada 23/12/2010 Khamis seawal 9.00 pagi bertempat di Dewan Risda Negeri Sembilan. Kampung Batang Rokan telah terlibat pertama kali dalam sistem dan GDW, kerana sebelum ini Kg Btg Rokan tidak pernah menerima mahupun tergolong dalam GDW iaitu Gerakan Daya Wawasan, dan Kg Btg Rokan telah terpilih oleh Risda sebagai Agensi yg akan menguruskan GDW Kg Btg Rokan bagi tahun 2011.
Pengarah Risda Negeri Sembilan Tn Abdul Ghafar B Borhanudin dan Penolong Pengarah Risda Negeri Sembilan serta Tuan Haji Nik Nabil Bin Nik Mansor ( Ketua Unit Pembangunan Desa, Bahagian Program Khas Risda Ibu pejabat )
Pengerusi JKKK Kg Btg Rokan En Jamaludin, En Rejab Pengerusi JKKK Kg Air Rawa turut hadir serta setiausaha Kg Seri Asahan
Ucapan oleh Pengarah Risda Negeri Sembilan Tn Abdul Ghafar B Borhanudin
Tuan Haji Nik Nabil Bin Nik Mansor ( Ketua Unit Pembangunan Desa, Bahagian Program Khas Risda Ibu pejabat ) menyampaikan amanat GDW di bawah agensi Risda. 
Pn Hasnita dari Pembangunan Maklumat ICT dan Sistem dari Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah turut menyampaikan kaedah sistem e-GDW ( duduk sebelah kiri ).
Pengisian program motivasi oleh Ust Norazman B Mohamad dengan Modul Kepimpinan " Kewajipan yang terpinggir"
Cenderahati dari Penolong Pengarah Risda kepada Ust Norazman B Mohamad.
Kg Btg Rokan mengucapkan terima kasih kerana di beri peluang dalam GDW dan mungkin ini juga peluang untuk Kg Btg Rokan lebih maju dalam pelbagai prasarana. Kg Btg Rokan juga telah menghantar 10 org kampung ke Program LGM di Simpang Pertang pada hari yang sama, cuma tiada paparan yg dapat di maklumkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan