SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Mei 04, 2010

Apa nak jadi ni....??????


Pada 24hb 03 2010 bermula kisah satu projek dari KEMAS iaitu sebuah pintu gerbang untuk Kampung Batang Rokan.  Sebagai pemimpin saranan dan pemberian dari pihak kerajaan atau mana2 hendaklah di sambut dengan baik dan bersyukur.Lebih2 lagi ia melibatkan keceriaan bagi kg. Pihak kontraktor yang menerima projek di RAHSIAkan dan telah memaklumkan kepada pihak JKKK beserta dengan kenyataan pihak KEMAS bahawa projek pemberian Pengarah Kemas akan di siapkan sebelum 08hb 04 2010.



Pada 23hb 04 2010 seperti yang dijanjikan atau di nyanyikan atau hanya berkata2.. bumbung pintu gerbang pun sampai ke tapak projek tersebut. Ini menggambarkan projek ala tahun 80an. Pintu gerbang zaman kenangan silam la katakan..(sekali lagi aduan ke pihak JKKK di terima ).



Pada 25hb 04 2010 telah tesergam indah wajah2 atau bayangan pintu gerbang yang pasti akan menepati citarasa bagi semua pihak. Walaupun pihak JKKK telah menerima banyak aduan tentang projek yang seperti Kelas A ni. Dan secara jujur nya aduan telah di panjangkan ke KEMAS mahupun pihak atasan. Namun kita redha dan menerima, bahawa ini bukan lah projek yang Pihak JKKK mohon, ini adalah projek sumbangan bakti dari pihak Kerajaan mahupun KEMAS.



Namun….. pada 03hb 05 2010 pihak kontraktor telah gagal sekali lagi membuktikan bahawa projek ini bukan lah Kelas A mahupun F. Dengan keadaan macam ini lah, lebih baik buat gotong royong sahaja. Papan zink untuk ungkapan SELAMAT DATANG dah jadi mahal.. jadi pihak kontraktor guna kaedah tahun 2020, guna plastik ( banner ) yang mungkin boleh tahan sampai tahun 2020.


Bayangkan banner dijadikan pelengkap syarat untuk kepuasan pihak tertentu.. Ini bukan untuk jangka panjang. Setakat 6 bulan mungkin banner tu dah jadi pembalut nangka madu.

Kami pihak JKKK sering di tuduh dengan pelbagai alasan masyarakat kampung, jadi pihak kontraktor lakukan lah sewajar-wajarnya, bukan untuk mengira hasil berlipat ganda. Masalah menuding jari dan bangau oh bangau terus di nyanyikan.. Kami kesal dengan semua pihak yang bertanggung jawab. 
kami pihak JKKK terpaksa pekak telinga dan buta mata untuk kepentingan anda..Fikir2 lah .. bukan di tuju pada kontraktor tersebut, tapi kepada semua kontraktor dalam Daerah Tampin. lakukan lah yang terbaik. Ingat lah wang rakyat dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat.

Setelah perbincangan di lakukan, Pihak kontraktor telah memaklumkan bahawa banner ini akan di tukar, namun bukanlah bermakna paparan ini tidak akan di keluarkan. Kami Pihak JKKK sentiasa mengalukan sesuatu perkara yang baik, lebih2 lagi untuk masyarakat.

Terima Kasih kepada pihak kontraktor...

1 ulasan:

  1. saiz font tu dah bosa, kok ado yang tak buleh membaco laie tak tau la do.

    BalasPadam