SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Ogos 10, 2009

Mohon Bantuan

Pada hari ini W.K telah dimaklumkan kisah kehidupan Pn Bidah Bt Idris yang berumur 72 tahun, menetap di rumah usang Kampung Batang Rokan. Puan bidah yang hanya menumpang berteduh dirumah uzur miliknya yang kian roboh. W.K juga mendapati rumah Puan Bidah tidak mempunyai bekalan elektrik dan air. Bekalan elektrik telah di potong pada bulan 07 2007, dan bekalan air masih ada, cuma penyambungan paip plastik kerumahnya telah pecah.


W.K dimaklumkan bahawa sebelum ini Puan Bidah tidak menetap disitu, Beliau hanya menumpang dirumah saudara mara, namun atas kerelaan hatinya yang tidak mahu untuk terus menumpang, Beliau bernekad untuk hidup di kampung halaman nya.


Selagi kita mempunyai hati yang ikhlas, Kasih sayang yang tak terhingga, W.K memohon kepada semua kiranya terniat, hulurlah bantuan tidak kira apa, sama ada wang ringgit, perbelanjaan dapur, peralatan rumah dan kasih sayang sesama. hulurlah apa juga sumbangan dan berilah beliau semangat dan sokongan agar kehidupan harus di teruskan.


Hubungi Pengerusi JKKK di talian : 013 283 7553 atau terus ke rumah Pn Bidah di Hadapan Sekolah Rendah Kg Rokan, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan.



Puan Bidah Bt Idris
Merenung jauh nasibnya.

Tiada Bekalan Elektrik

Belakang rumah
dinding yang telah tiada.

Pandangan sisi
Keadaan dinding yang runtuh dan zink yang uzur.

Merenung jauh
Melihat keadaan zink yang bocor.

Ruang Dalam
Keadaan dinding yang dimakan anai-anai.

Ruang Dapur
Hanya menempatkan dapur gas sahaja.

Warga Kampung mengharapkan ketetapan ini wajar di jadikan pedoman kepada semua agar sentiasa saling membantu dalam hidup bermasyarakat.

Langkah yang panjang belum tentu menampakan kejayaan. marilah bersama berdoa padaNYa agar diberikan Rahmat dan Hidayah pada semua yang terlibat.

terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan