SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Mei 11, 2010

Belia menyahut cabaran..

Gerakan Belia 4B serta Pemuda UMNO kampung batang rokan akan mengadakan perlawanan Bowling tertutup pada tarikh yang di rahsiakan. Setelah aturcara program telah di perbincangkan, secara tidak langsung ramai ajk gerakan belia serta ahli belia/pemuda telah mula berlatih untuk merebut piala kemenangan yang tak ternilai dengan kasih sayang dan kemuafakatan. Semarak persahabatan yang tersemat di kalangan belia ini harus di pupuk dengan perkara ilmiah dan yang mendatangkan faedah buat mereka.

w.k sentiasa bersama dalam kepimpinan gerakan belia ini mahupun pemuda UMNO. walaupun mereka ini melakukan pelbagai aktiviti tanpa ditaja atau dana dari mana2 pihak mahupun dari PU Bahagian, namun semangat terus membara bersama2 untuk mengorak langkah generasi akan datang.

nantikan perlawanan bowling dan jamuan makan malam semua gerakan ahli Belia serta Pemuda UMNO kg btg rokan.

Isnin, Mei 10, 2010

Belia BBQ..

Jam 9.00 malam 8.05.2010 satu program Gerakan Belia Kg Btg Rokan telah berlangsung. tanpa penaja dan tanpa protokol, semua program berjalan lancar dan meriah. Malam tersebut w.k di jamu dengan ayam panggang serta makanan2 lain. Amat bermakna sekali program ini dan  bukan lah program yang pertama kali di lakukan oleh Belia2 kampung,asalkan ada kesepakatan semua akan jadi nyata, kegiatan begini sekali gus merapatkan siratulrahim antara sesama.

chef tanpa sijil.

foto x menarik, lokasi gelap.

Kegiatan begini adalah menjadi lumrah bagi belia2 kg ini sejak dahulu lagi dan kegiatan ini sering berulang pada masa yang tidak menentu. dan sememang nya harus si pupuk ke generasi akan datang.Syabas dan tahiah atas semangat yang telah semua lakukan.

Ahad, Mei 09, 2010

Lawatan TNB Tampin

Lawatan Pihak TNB pada 7.05.2010 jam 3 petang adalah tindakan pantas pihak mereka selepas aduan di lontarkan ketika program bersama pemimpin komuniti pada 5.05.2010 di Dewan Sri Gemencheh. Semua pengerusi JKKK dalam DUN Gemencheh hadir pada hari itu.Masing2 membawa permasalahan berkaitan dengan TNB sahaja. Tidak terkecuali Pengerusi JKKK Kg Btg Rokan telah bersama pada hari tersebut dan menyatakan permasalahan sedia ada.


 salah satu masalah yang di paparkan..

Tok Din membawa mereka meninjau ke lokasi permasalahan sebagai tujuan pemantauan teliti. Sambil membelek aduan bergambar yang di serahkan telah menjadi kerja mudah bagi semua pihak.
Setelah pemantauan di buat ada beberapa perkara akan di panjang kan ke pihak atasan mereka dan akan di buat tindakan segera, dan ada juga kesimpulan terhurai di situ sahaja. Seterusnya Tok Din mengucapkan Syabas dan Terima Kasih atas tindakan cepat dan wajar pada pihak TNB dan boleh bagi markah penuh ( 5 ). hehehehe..

nantikan program belia esok...

Khamis, Mei 06, 2010

Terima Kasih, Semoga Bersua Lagi..

Pada 05.05.2010 telah tersergam indah paparan ucapan SELAMAT DATANG KAMPUNG BATANG ROKAN di hadapan balai raya Kg Btg Rokan. Setelah sekian lama menunggu akhirnya kemudahan keceriaan tersebut berjaya di siapkan. JUTAAN TERIMA KASIH kepada KEMAS dan Kontraktor yang terlibat. Segala usaha anda telah membuahkan hasil dan kerjaya anda harus di teruskan.


TERIMA KASIH, SEMOGA BERSUA LAGI adalah ungkapan yang bermakna buat tetamu, mahupun sanak saudara yang datang ke Kg ini. Warga Kampung yang merantau sentiasa mengharapkan sesuatu perubahan di Kg ini, dan ini juga adalah hadiah buat anda dan semua warga kampung.
Sekali lagi kami mengucapkan TERIMA KASIH kepada kontraktor yang terlibat, walaupun mengambil masa yang lama. Namun kejayaan anda amat dihargai.

Nantikan gerakan belia membantu memasang tiang bendera serta lampu sebagai persiapan tambahan agar keceriaan tidak dilepaskan pada waktu malam.