SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, Julai 08, 2011

Perlawanan Bola Sepak 7 Sebelah Zon Rokan 2011

Perlawanan Persahabatan 7 sebelah bagi Zon Rokan 2011 pada 3hb 07 2011 telah berlangsung di padang Sekolah Rokan yang mana melibatkan 5 buah Kampung iaitu Kg Rokan, Btg Rokan, Rokan Utara serta Kg Tenai dan Kg Pondoi yang menyaksikan 9 pasukan berlawan secara liga.
Sdr Azhari Ketua Pemuda Cwg Kg Btg Rokan membantu Sdr Mazudin Ketua Pemuda Cwg Kg Rokan ketika menjayakan program perlawanan ini.
Kaunter pendaftaran peserta di bantu oleh Beliawanis Kg Btg Rokan
sewaktu perlawanan menentukan tempat ke tiga dan ke empat yang melibatkan pasukan dari Kg Tenai yang di ketuai oleh Ketua Pemuda Bahagian Sdr Mohd Isam B Mohd Isa (seluar panjang) dan bertemu Kg Rokan C yang di ketuai oleh Sdr Mazudin B Ahmad Ketua Pemuda Cwg Kg Rokan.
Sesi bergambar sebelum perlawanan akhir antara Kg Btg Rokan (baju kuning) dan Kg pondoi (baju hitam)
Azhari selaku urusetia membantu Kg Rokan sebagai tuan rumah program 7 sebelah dan Sdr Mazudin (ketua Pemuda baju putih) adalah penganjur Utama dan di sokong Pengerusi JKKK En Rashid (baju belang) dan di Bantu oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian (baju biru).
Sebahagian pemain yang bersama
Bergambar kenangan Naib Johan Zon Rokan iaitu Kg Btg Rokan A
Johan Zon Rokan dari Kg Pondoi
Cenderahati dari Ketua Pemuda serta Pengerusi JKKK.
Program persabahatan bola sepak 7 sebelah Zon Rokan 2011 yang di anjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Rokan berjalan dengan lancar. Yang melibatkan 9 pasukan dari 5 Kg. program begini sedikit sebanyak merapatkan silatulrahim antara sesama pemuda2 umno dari cawangan yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan