SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, Januari 19, 2011

Tangki Fiberglass untuk pengurusan jenazah

Pihak Masjid mengambil satu langkah terbaik untuk kariah Kg Btg Rokan memudahkan pengurusan Jenazah bagi setiap umat Islam di sekitar Kg Btg Rokan ini dengan menempah satu takung mandi jenazah serta meja kapan jenazah yang baru. Takung mandi jenazah yang lama telah terlalu usang dan Pihak Masjid telah mengambil langkah yang amat tepat demi memudahkan masyarakat dalam menguruskan jenazah nanti.
Nazir masjid mendengar dengan teliti penerangan dari pengarah urusan Alang Fiber glass
En Rawi siap bagi contoh dan membuktikan kekuatan meja jenazah hasil ciptaan beliau.
Ini juga salah satu lagi hasil tangan Alang Fiber Glass di Tanjung Bidara, Melaka.. untuk makluman para pengunjung, admin serta kan alamat dan web syarikat sebagai rujukan dan menjana ekonomi ummah.

Alang Fibreglass Production
Batu 24, Jalan Balik Batu 1,
Tanjung Bidara,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.
 www.alangfibreglass.com.my (klik je kat sini)
MALAYSIA

Dengan kos yang mencecah ribuan ringgit, tetapi peralatan di jamin boleh di gunakan dalam masa yang panjang. admin juga harapkan semua penduduk Kampung dapat menerima faedah bersama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan