SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Jun 15, 2009

Kenali Kampung Batang Rokan

kawasan rumah rakyat
Di bangunkan pada tahun 1985 sebanyak 50 unit. Kediaman pertama pada tahun 1986. keluasan tanah beranggaran 3 ekar. mempunyai seunit balai raya, padang bola, padang takrow dan padang bola tampar.

Kedai Majlis Daerah Tampin
2 lot kedai ni telah di bina pada tahun 2005. Seunit kedai runcit dan seunit kedai makan.
tokey kedai runcit ni Hj Ali Bin Hj Lawang.


Klinik Desa Kecil Kampung Rokan
Klinik ni terletak di antara 2 kampung, berusia lebih dari 35 tahun. kedudukannya di hadapan Sekolah Kebangsaan Rokan. Jururawat Masyarakat ni memang sempoi, Ruby nama glamor. Mulut lezerrr tp ati baik. Beliau dah lama bergiat aktif kat situ, kiro ee banyak gak jaso ee pado penduduk kampung..


Sekolah Kebangsaan Rokan
Sekolah ni terletak di tengah-tengah kampung antara Kg Btg Rokan dan Kg Ulu Rokan.

Balai Raya
Balai Raya ni telah di bina sekitar tahun 90an ( mungkin 1995 ). Banyak gak kegiatan-kegiatan yang sering terjadi kat situ.
ye laaa.. tempat kemasyarakatan menjana info. nanti penulis akan cerita tentang kejadian2 yang berlaku kat situ.


Mercu tanda " SELAMAT DATANG " ni baru dibina pada bulan jun 2009. Berdekatan dengan simpang tiga arah Kuala Pilah, Gemencheh, Felda Bukit Rokan.


Masjid Kampung Batang Rokan.
Masjid yang di bina pada sekitar tahun 1983 ini terletak di tepi jalan utama antara Pekan Gemencheh ke Felda Bukit Rokan. Sekarang ni Masjid ni telah di terajui oleh Nazir En Zainal Bin Abd Wahid dan Imam muda Tuan Zulkifli Bin Nayan @ Somah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan