SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, Disember 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011 dari seluruh warga Kampung Batang Rokan dan Semua Pertubuhan Dalam Kampung pada semua masyarakat di Malaysia mahupun luar negara yang sering melayari blog kami.. Semoga Tahun Hadapan Kita berjumpa lagi dengan azam dan semangat iltizam baru..dan kepada anak jati kampung yang merantau, boleh berhubung melalui Facebook di kgbtgrokan
Terima Kasih semua.. dan selamat tinggal 2010..

Seisi bersama JKKK dan penyerahan Kampung Angkat Jabatan Kerajaan Daerah Tampin

Seisi bersama JKKK dan penyerahan Kampung Angkat Jabatan Kerajaan Daerah Tampin telah berlangsung di Dewan Tampin pada 30/12/2010 (khamis).
41 JKKK daerah Tampin menerima Bapa Angkat yang terdiri dari jabatan-jabatan kerajaan daerah Tampin akan membantu dan menyelaras program dan aktiviti setiap JKKKdalam Daerah Tampin. Fugsi Jabatan kerajaan Daerah ini sebagai pembantu menyelesaikan permasalahan setiap JKKK Kg dalam Daerah. Tidak terkecuali Kg Btg Rokan.
Sebahagian pegawai dan wakil2 jabatan Daerah Tampin
Penyerahan Dividen Fidlot oleh YB Dato' Hjh Zainab Bt Hj Nasir Adun Gemas merangkap EXCO NS kepada salah seorang peserta.
En Zahirin menyampaikan Taklimat mengenai kerja2 JKKK
Seisi Dialog antara JKKK dengan kesemua Jabatan Daerah Tampin yang di pengerusikan oleh YDP Tn Hj Razali Bin Bakar merangkap Pegawai Daerah Tampin.
Tugas dan tanggungjawab jabatan terpilih untuk memantau perkembangan JKKK yang menjadi anak angkat mereka selain memberi nasihat mengikut keperluan semasa dan membincang keputusan JKKK tersebut. Kampung Batang Rokan telah terpilih akan salah satu jabatan angkat tersebut, namun biarlah ia menjadi RAHSIA JKKK.. nantikan mesyuarat JKKK tahun hadapan bersama jabatan angkat tersebut.

Khamis, Disember 30, 2010

Pertanian membantu peserta dusun organik

Pemindahan dan pengagihan baja kepada peserta dusun organik Kg Btg Rokan telah masuk ke fasa dua, di mana pengagihan baja tambahan telah di lakukan pada 29/12/2010 sebagai agihan akhir tahun kepada peserta dusun organik bebas kimia Kg Btg Rokan.Terima kasih x terhingga kepada Pn Norazizah yang bertungkus lumus membantu pihak JKKK mahupun individu bagi merencanakan hala tuju pertanian maju di Kg Btg Rokan. Bimbingan terperinci amat mudah di perolehi dari beliau.
 Tenaga belia memindah baja dari stor pertanian asahan Gemencheh ke atas lori.
memindahkan baja ke salah satu dari 12 buah rumah yang terlibat dalam program dusun bebas kimia.
Hasil buah kedondong di salah sebuah rumah peserta dusun bebas kimia
Tengok tu buah mata kucing siam..
Buah mata kucing siam yang lebat ranum, hasil baja organik bebas kimia.Pihak JKKK juga mengambil berat akan permasalahan peserta dusun bebas kimia ini agar perancangan yang di atur terhasil. Walaupun peserta ada yang mengadu bahawa hasil banyak di rosakkan oleh kera dan monyet. tapi itu bukan lah alasan untuk tidak menambah hasil buah2 an peserta tersebut..

CERAMAH AGAMA SEMPENA MAAL HIJRAH (1432H) ANJURAN BERSAMA FELCRA BHD ULU ROKAN DAN AJK MASJID

Satu program ceramah yang telah di rancang dengan teliti akhirnya berjaya di laksanakan pada 28/12/2010 Selasa malam rabu yang melibatkan semua pertubuhan dalam Kg serta Pihak Felcra Pondoi
Penceramah Ust Mohd Yusof B Tahir(KADI DAERAH REMBAU)
 dan Nazir Kg Btg Rokan Zainal B Abd Wahid
Kehadiran warga kampung serta tetamu amat menggalakan.
Di jangka lebih 150 orang terlibat dalam menjayakan program ceramah bagi seisi akhir tahun 2010 ini. nantikan program2 masjid yang di rancang menyusul tahun hadapan..
Segala kewajipan sebagai umat untuk membimbing umat2 yang lain agar terus bersatu dan bertakwa akan terus di perjuangkan.