SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Ahad, April 04, 2010

Hilang atau Di Hilangkan..

Segelintir pihak mengambil langkah mudah untuk cepat mendapat keuntungan tanpa mengira dari mana sumber tersebut. Lihat sahaja foto ini kita dapat bayangkan, betapa mudah dan pantas mereka mengambil kesempatan.


Penutup besi ni pun kena rembat.

 w.k paparkan kisah ni sebagai tatapan untuk kita berfikir, kaedah yang bagaimana untuk kita memastikan perkara ini x akan berlaku di mana2.. Selagi benda yang hilang ini boleh di jadikan hasil, w.k pasti banyak lagi tempat2 lain yang mengalami nasib yang sama.

Isnin, Mac 29, 2010

Futsal Piala Ketua Pemuda Bahagian Tampin


Pada 27hb 03 2010 seawal jam 8.00 pagi semua peserta pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin telah di jadualkan secara sempurna, Lokasi adalah Padang serbaguna Kg Tenai dan Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Nasarudin. 28 pasukan telah terpilih untuk merebut piala iringan tersebut. Termasuk 2 pasukan dari Kampung Batang Rokan.

Dari kiri : En Baharuddin ( Ketua Kampung Air Tenai ), Datuk Nasarudin ( Tmb UMNO Bahagian Tampin ), Sdr Mohd Isam B Mohd Isa ( Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin )

Kenangan sebelum perasmian antara pasukan Kg Btg Rokan ( biru ) dan Kg Ulu Rokan ( hijau ) bersama barisan jawatankuasa.

Datuk Nasarudin merasmikan program dengan sepakan pertama.

Ketua Pemuda Sdr Mohd Isam menjadi penjaga gol sempena agenda perasmian.

Pasukan B Kg Btg Rokan

Pasukan A Kg Btg Rokan.

Program yang berlangsung ini akan menentukan 8 pasukan yang berjaya di kedudukan tersebut untuk bertemu dengan 8 wakil pasukan dari Repah dan Gemas, 03hb 04 2010 akan berlangsung sekali lagi 24 pasukan dari 3 DUN untuk merebut Piala Ketua Pemuda Ini.

Jumaat, Mac 26, 2010

Power Rangers

Sekadar makluman tentang kegiatan Belia yang telah lama tidak aktif bersukan, walaupun kg btg rokan tiada padang bola, bukan melemahkan semangat belia-belia kampung untuk aktif. Atas sokongan mayarakat setempat, Kegiatan sukan belia dapat diaktifkan kembali. Walaupun padang x sempurna, w.k harapkan kegigihan belia ini akan berterusan dan semangat tersebut akan menjadi contoh kepada pelapis baru.

 Kegiatan waktu petang ( lihat lampu limpah telah dipasang )


Kegiatan malam.

w.k ucapkan terima kasih kepada ahli belia yang tekun dan gigih mengusahakan agenda sukan yang akan merapatkan saf anda semua. X lupa kepada En Ariffin yang menyumbangkan lampu limpah. Setelah di ubah suai, lampu limpah tersebut dapat di gunakan.

2 pasukan pemain Futsal telah di bentuk untuk bertempur dengan 26 pasukan dalam Dun Gemencheh pada 27hb 03 2010 ini di Kampung Tenai untuk merebut piala iringan Ketua Pemuda Bahagian.
Nantikan kisah tersebut....

Khamis, Mac 25, 2010

Mercu Di Musnahkan..

Lihat sahaja foto ini, pasti semua akan marah, geram dan sebagainya..



Tepat jam 3.00 23/03/2010 sebuah jentera di arahkan untuk memusnahkan tanaman bunga dan mercu tanda di kampung batang rokan....
sebenarnya... jentera tersebut hanya menggali lubang untuk projek ????? yang akan di jangka siap dalam tempoh seminggu dua ini. w.k akan paparkan setelah projek dan program yang akan berlangsung nanti. 

TUNGGUUUU............