Jam 12.45, isnin, 13/12/2010. JKKK menerima lawatan dari Perhilitan Gemas untuk menjejak dan mengenal pasti tapak binatang yang di syaki Harimau.. Hujan yang turun pada jam 10.00 tadi menyukarkan pihak perhilitan mengenal pasti tapak kaki ataupun tanda2 bahawa binatang itu benar2 ada di kawasan tersebut. Memandangkan kawasan sekeliling terang,
kawasan berlumpur dan bertakung juga menyukarkan pihak perhilitan untuk mengesan jejak tersebut, En Sobri memaklumkan akan cuba mendapatkan jebak jika tidak di gunakan untuk mencuba kaedah perangkap jika ada lagi tanda2 baru yang dapat mengesahkan bahawa binatang itu adalah Harimau..
Terima kasih kepada En Sobri yang sudi turun padang memantau permasalahan penduduk kampung ini.
Isnin, Disember 13, 2010
Ahad, Disember 12, 2010
Harimau Di Kampung Batang Rokan ???
Ahad..12/12/2010 menjadi satu sejarah buat warga Kampung Batang Rokan, apabila di gemparkan dengan satu kejadian berulang, walaupun telah lama kini ia mungkin muncul kembali apabila seorang penoreh getah berbangsa India (perempuan) berusia dalam lingkungan 40an telah terserempak dengan seekor binatang hitam, berekor panjang dan berkaki empat dan di saksikan juga oleh sdr Zulkarnain Bin Bidol di satu lot pinggir Kg Btg Rokan menghala ke Felda Bukit Rokan. Seawal jam 8.30 pagi w.k menerima panggilan dari Sdr Zulkiplie Bin Ahmad yang menyatakan bahawa jiran kebun dia terserempak binatang berwarna hitam.
Menurut En Jamaludin ( Pengerusi JKKK ) menyatakan bahawa berkemungkinan binatang yang di syaki seekor Harimau Akar datang dari bukit tinggi.. Bukit tinggi adalah persempadanan Kg Btg Rokan, Ulu Rokan dan Felda Bukit Rokan. Di mana kawasan bukit yang telah di teroka dengan penebangan kayu jaras.

Foto x jelas ambil dari tipon rakan2 yg berada di tempat kejadian
Pengerusi JKKK terlibat dalam kejadian ni. Zulkarnain (kanan sekali)
Adakah benar ia seekor Harimau Akar ? Harimau Kumbang ? Harimau Dahan dan sebagainya,
Tapak kaki yang di kesan di kawasan belukar dalam lot getah. Adakah ini membuktikan bahawa binatang tersebut benar2 ada?.. namun hakikatnya.. semua pekebun2 penoreh2 getah harus mengambil langkah berhati2..
Khamis, Disember 09, 2010
Sistem Ekploitasi Ransangan Hasil @ LGM Wilayah Tengah N9
Sekali lagi Program bersama Jabatan iaitu Lembaga Getah Malaysia berlangsung di Kg Btg Rokan pada 09/12/2010 Khamis. ini adalah program kedua anjuran Lembaga Getah Malaysia Wilayah Tengah ( Seremban ) atas usahasama JKKK. Matlamat menyedarkan penduduk akan kaedah sebenar Teknologi Penyelenggaraan Kebun Getah bermula dari awal tanaman hingga mengeluarkan hasil. Teknik penyelenggaraan Kebun Yang Baik (GAP) dan Peningkatan Hasil telah di terangkan dengan terperinci.
Che Aziz Bin Che Omar menerangkan pelbagai kaedah penjagaan dan torehan berkualiti serta teknologi eksploitasi hingga peransangan hasil.
Peserta gelak ketawa akan celoteh Che Aziz ketika menyampaikan taklimat.
turut serta Pengerusi JKKK, dan Ketua UMNO Cawangan Kg.
sebahagian peserta wanita yang hadir sama.
En Mohd Sulaiman B Mohd Said menunjukan kaedah pemasangan Teknologi Eksploitasi iaitu Mortex untuk menstabil dan meningkatkan hasil, G-Flex dan Rrimflow untuk menambah ransangan hasil, serta Reactorrim di kebun getah salah seorang peserta.
Bergambar kenangan bersama Penolong Pengarah Lembaga Getah Malaysia Wilayah Tengah ( Seremban) Negeri Sembilan, Puan Mariyah Bt Ahmad.
Skuad Cakna Sinar Harian @ Ainna sedang menemubual peserta yang turut serta.
JKKK Kampung Batang Rokan mengucapkan Terima Kasih tak terhingga atas usahasama bersama LGM Wilayah Tengah ( Seremban ) N9 untuk menerangkan Amalan Pekebun Yang Baik, tentang pembajaan dan racun rumpai yang sesuai serta merawat penyakit utama yang menyerang pokok getah. Ilmu yang di curahkan kepada peserta yang hampir 50 org ini dapat di gunakan sepenuhnya nanti. Lebih2 lagi kepada para Belia yang sudi bersama sejak awal pagi lagi.
Terima Kasih sekali lagi kepada Penolong Pengarah Pn Mariyah Bt Ahmad yang sudi hadir bersama, Che Aziz B Che Omar, En Kamarozaman B Ibrahim serta En Mohd Sulaiman B Mohd Said.
Terima Kasih juga buat Y.Bhg Tuan Hj Mohd Sobran Bin Ibrahim (Pengarah Wilayah Tengah) yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan buat Kg Btg Rokan.
p/s : nantikan Program LGM di Simpang Durian Pada 23/12/2010. w.k akan bersama.
Khamis, Disember 02, 2010
Belia Rela @ Futsal
Menyertai setiap program adalah satu keistimewaan buat belia2 kampung walaupun belia kg btg rokan tidak ada latihan asas dalam Futsal mahupun gelanggang serbaguna di kg ini. Namun hasrat untuk bersama adalah semangat yang perlu kita kukuh, dan kita bantu dalam membentuk belia ke arah ceria dan cergas dalam pergaulan masyarakat.
Abg Rela ( Firdaus) dan anggota lain sibuk melayan kerenah belia yang nak daftar pasukan.Termasuk Sdr Along Razman ( org kuat ) kg parit buloh..
Pasukan pertama kg batang rokan di beri nasihat atur cara dan syarat2.
pasukan ke dua yang beraksi
Program Futsal Anjuran RELA Daerah Tampin berlangsung pada 27/11/2010 di Gelanggang Serbaguna Parit Buloh. Dimana penyertaan terbuka ini si sertai oleh golongan belia yang telah atau belum di daftar kan menjadi ahli RELA. warga kampung menghantar 2 pasukan untuk bersama memeriahkan suasana dan mengakrabkan silatulrahim. Kemenangan bukan lah ukuran.
Abg Rela ( Firdaus) dan anggota lain sibuk melayan kerenah belia yang nak daftar pasukan.Termasuk Sdr Along Razman ( org kuat ) kg parit buloh..
Pasukan pertama kg batang rokan di beri nasihat atur cara dan syarat2.
pasukan ke dua yang beraksi
Program Futsal Anjuran RELA Daerah Tampin berlangsung pada 27/11/2010 di Gelanggang Serbaguna Parit Buloh. Dimana penyertaan terbuka ini si sertai oleh golongan belia yang telah atau belum di daftar kan menjadi ahli RELA. warga kampung menghantar 2 pasukan untuk bersama memeriahkan suasana dan mengakrabkan silatulrahim. Kemenangan bukan lah ukuran.
Langgan:
Ulasan (Atom)