SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, November 29, 2010

Ceramah Agama berkaitan Zakat

Satu program Ceramah Agama berkaitan Zakat di adakan di Masjid Kg Btg Rokan pada 25/11/2010 khamis malam jumaat bermula seawal jam 6.30 petang. Di susuli dengan solat maghrib berjemaah hingga solat isyak berjemaah. Pelbagai isu di kupas berkaitan perkara Fardhu dan Wajib tentang Islam dan Zakat termasuk Fidyah. 
Ust Zamru Bin Syamsudin
Kehadiran ahli kariah amat memberansangkan,
w.k mengucapkan terima kasih atas kerjasama dari semua pertubuhan dalam kg serta Pihak Jabatan iaitu dari Pusat Zakat Negeri Sembilan.
alhamdulilah, bulan 12 insyallah akan ada satu lagi program ceramah agama ( insyaallah )

Jumaat, November 26, 2010

Rebung Manis Madu

Rebung Manis Madu kini boleh di perolehi di Kampung Batang Rokan. Buluh Rebung yang di tanam pada awal April 2010 telah mengeluarkan hasil rebung. Dan tak lama lagi pengeluaran anak benih juga boleh di dapati di sini. Bagi yang berminat untuk membeli Rebung Manis Madu boleh la datang ke Kampung Batang Rokan. Tanaman terletak di jalan utama menghala ke Felda Bukit Rokan dari Pekan gemencheh.
 ini lah rebung manis madu yang telah di bersihkan.
jika lalu kg btg rokan akan nampak kawasan ni di tepi sungai.
Ini pokok buluh rebung manis madu
sesiapa yang berminat untuk mengetahui atau membeli rebung manis madu boleh menghubungi 
Pak mok di talian:
019 3475222

Selasa, November 23, 2010

Belia Bersama MTMD Agensi Dadah Kebangsaan

Majlis Tindakan Membenteras Dadah ( MTMD ) menganjurkan program Karnival Futsal bertempat di Gelanggang Serbaguna Kg Tenai pada 20/11/2010 seawal jam 8.30 pg. Program Masyarakat Bangkit Memerangi Dadah ini melibatkan Remaja dalam Daerah Tampin Khususnya.
 Gerakan Belia Kg Btg Rokan tidak terkecuali bersama dalam program tersebut dengan menghantar 2 pasukan futsal untuk memeriahkan suasana Majlis tersebut. Lebih2 lagi Kg Tenai adalah Kg Sahabat yg terbaik dalam apa2 anjuran program melibatkan Belia.
Sebahagian pejuang2 anti dadah gerakan Belia Kg.
YB Dato' Mohd Kamil merangkap Pengerusi MTMD merasmikan Program bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin

Salah satu pasukan Kg yang berjaya sampai ke tahap antara 10 pasukan terakhir. Bukan kemenangan yang di cari, tapi kejayaan kerana mampu bersama.Syabas buat semua belia2 yang melibatkan diri.
Kpl Yunus dari Balai Polis Gemencheh bersama dalam pameran pelbagai Dadah Merbahaya. Banyak lagi pameran dari JPA, Kesihatan dll terlibat.
nantikan jentera belia dalam Futsal Rela minggu hadapan..

Ahad, November 21, 2010

Gerakan Belia dan Ibadah Korban

Gerakan Belia kg bersama semua pertubuhan dalam kampung serta ahli kariah berkesempatan menunaikan Solat Aidiladha dan Majlis Ibadah Korban di Masjid Kg Btg Rokan pada 17/11/2010..  Alhamdulilah segala yang telah di rancang dapat di laksanakan dengan jayanya.. di mana lebih dari 70 org tanpa mengira fahaman politik hadir bersama2 menunaikan ibadah korban yang melibatkan 5 ekor lembu.
Foto atas : Ahli belia bersama membantu menjalankan kewajipan.
Foto bwh : Sebahagian Ahli belia yg bersama.
Terima Kasih juga kepada YB Dato' Shaziman B Hj Abu Mansor kerana menyumbang seekor lembu untuk di korban kan di Kg Btg Rokan.(untuk anak2 Yatim).
Ybhg Dato' Nasarudin bersama membantu masyarakat kg btg rokan.
Ini lah orang kuat belia kg.

Belia sedang melapah salah seekor lembu

Terima Kasih pada YBhg Dato' Nasarudin, Gerakan Belia Kg, Jentera UMNO Cwng dan AJK JKKK,
AJK MASJID dan semua pertubuhan termasuk NGO yang membantu.
Banyak lg gambar yg x dpt di Up Load.. Liputan Internet x berapa bagus di kawasan Kg, tapi sempat wk paparkan di FaceBook. Banyak lagi kisah menarik akan wk paparkan.