Seawal jam 4.00 pagi YB Dato Mohd Kamil bersama isteri tersayang dan rombongan beliau hadir ke Kg Btg Rokan dalam program DUN iaitu singgah sahur pada 23hb 08 2010. Kg Btg Rokan telah terpilih untuk tahun ini, walaupun program ini telah terancana sejak tahun yang lepas, dan YB pecahkan mengikut zon. JKKK kg mengalu-alukan kehadiran semua yang bersama pada pagi tersebut. dan rumah pilihan JKKK ialah rumah Che Din B Aman di jalan Dato' Sati.Kehadiran YB bukan sekadar bersahur, malah beliau membawa bekalan dapur serta sedikit perbelanjaan bagi pihak tuan rumah berbelanja.
Ini lah wajah rumah En Che Din.
sebahagian tetamu subuh yg sempat hadir bersama termasuk Datin.
Sedikit ucapan aluan buat halwa telinga dari pengerusi JKKK Kg Btg Rokan
Alhamdulilah.. Syukur ke Hadrat mu illahi..
Sesi sahur bermula
Kelibat Ainna dari Sinar Harian, Kak Faz dan Fadhil (K.Pemuda FBR)
sory kak faz x kuar gambar hehehehe.
Sedikit ihsan dari Datin Buat Pn Zaitun yg sedang sebak...
En Che Din B Aman telah terlantar sakit lebih dari 5 tahun dan sejak tahun lepas beliau mengidap penyakit paru-paru dan hati dan Isteri beliau Pn Zaitun Bt Hj Shamsudin terlantar sakit jantung dan tiada upaya untuk bergerak. Mereka mengaharapkan IHSAN belaian dari anak2 nya. mujur lah ada anak yang setia menemani mereka. Pada mereka yang berhajat untuk menyalurkan bantuan boleh la menghubungi pengerusi JKKK di talian 013 2837553. Sekadar mampu dan ikhlas.
Selamat mengerjakan ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia,
semoga sama2 kita mendapat iktibar, keinsafan, kemenangan,
perolehan rezki yang diredhai, kesihatan yang baik,
amalan yang diterima, umur yang dipanjangi, dielak kemusibahan,
bahagia serta bersyukur sentiasa dan mati dalam keimanan dan
segala dosa diampuni.
Amin Yarabbal A'lamin....
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu.....
Andai ini Ramadhan terakhir...
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN
"MARHABAN YAA RAMADHAN "
"Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya.."
Satu jemputan pada semua AJK JKKK dalam DUN Gemencheh untuk bersama dalam Taklimat Khas Jalur Lebar DUN Gemencheh pada 05.08.2010 jam 3.00 petang bertempat di balai raya Kg Air Rawa. Kehadiran amat memberansangkan dan di buka juga meja pendaftaran permohonan Talian kediaman / jalur lebar dengan Netbook sekali. Pakej yang sedang kerajaan war-warkan agar semua penduduk mengambil peluang ini.
Serba ringkas kata aluan Sdr Yusof dari TM.
Hadir bersama Penghulu Mukim Tn Zainal Ariffin
Cenderahati tanda ingatan buat YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz dari pihak TM.
Program begini membuka mata dan minda masyarakat khasnya tentang kemudahan IT dan sumbangan Kerajaan.lebih2 lg kemudahan sebegini memudahkan masyarakat berhubung dan mendapat sumber ilmu yang bermanfaat jika tidak di salah gunakan.
Walaupun Kg Btg Rokan masih tidak lagi mendapat keistimewaan Jalur Lebar, saranan tetap akan diusahakan..
Pada 29.07.2010 seawal ptg jam 4.00 penduduk kg hadir untuk masak2 dan pelbagai tugas sebagai persiapan untuk menyambut Program Kerohanian pada khamis malam yang bermula pada jam 7.00 iaitu solat Maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan Yassin dan kenduri sambut Ramadhan. Program yang melibatkan tenaga PIBG S.K Rokan dngan penduduk kampung serta penduduk kg bersebelahan.
Sambutan yang amat menggalakkan
Kaum ibu serta beliawanis hadir bersama
Pihak Masjid mengucapkan terima kasih atas usaha sama semua pentadbir PIBG S.K Rokan serta penduduk kampung yang bersama menjayakan program kerohanian sebegini.