Pada 07/04/2010 ( Rabu ) jam 10.00 pagi. Satu lawatan susulan dari Jabatan Pertanian Daerah Tampin ke Kg Btg Rokan. Kehadiran Pn Norazizah Bt Md Yusof dari Pusat Pertanian Stesyen Asahan untuk memantau dan mengambil keterangan bergambar atas permohonan JKKK melalui Jabatan Pertanian. JKKK mengharapkan agar permohonan ini diluluskan oleh Pengarah Pertanian Negeri Sembilan. Kemudahan yang di perolehi nanti akan dapat merealisasikan harapan Kerajaan Negeri yang sering menyatakan harapan tinggi pada rakyat agar meneruskan agenda " Kebun Org KL ". Langkah yang diambil ini akan menggalakan penduduk Kg ini menceburi bidang pertanian walaupun secara kecil-kecilan. Namun peranan kami Pihak JKKK akan sentiasa membantu untuk menjana tarif ekonomi penduduk Kg ini.
Terima Kasih atas sokongan Pihak Jabatan Pertanian kepada Pihak JKKK kampung. Pemantaun yang sering di lakukan bersama dapat mencapai hasrat pencapaian diutamakan..
Sabtu, April 10, 2010
Jumaat, April 09, 2010
Mesyuarat Bulanan Pengerusi JKKK DUN Gemencheh
Hari Isnin 05/04/2010 yang lepas telah diadakan Mesyuarat Bulanan Pengerusi JKKK Dun Gemencheh di Kampung Batang Rokan..Tuan Rumah untuk bulan ini telah di sambut baik oleh Pengerusi Kg Btg Rokan iaitu En Jamaludin B Piee di Teratak Kediamannya. Walaupun ruang sempit, namun kehadiran Pengerusi JKKK serta Setiausaha seluruh Dun begitu ramai tidak melemahkan semangat untuk meneruskan Mesyuarat tersebut.
YBDato' Kamil telah mengambil pendekatan yang tepat dimana mesyuarat bulanan Pengerusi2 JKKK kampung Dun Gemencheh diadakah di rumah Pengerusi JKKK kampung itu sendiri ...beliau mengambil kesempatan tersebut untuk berada lebih dekat bersama dengan pemimpin-pemimpin di bawah pentadbiran beliau..Selain mendengar permaslahan kampung , hubungan antara mereka juga lebih akrab.
YBDato' Kamil telah mengambil pendekatan yang tepat dimana mesyuarat bulanan Pengerusi2 JKKK kampung Dun Gemencheh diadakah di rumah Pengerusi JKKK kampung itu sendiri ...beliau mengambil kesempatan tersebut untuk berada lebih dekat bersama dengan pemimpin-pemimpin di bawah pentadbiran beliau..Selain mendengar permaslahan kampung , hubungan antara mereka juga lebih akrab.
ini lah sumbangan bakti dan keperihatinan YB Dato' Mohd Kamil kepada semua pemimpin2 di bawah pentadbirannya. YB mengharapkan kerja setia rakyat yang harus dipertingkatkan oleh semua JKKK dalam Dun Gemencheh agar seiring dengan slogan rakyat di dahulukan..
Pihak JKKK Kg Btg Rokan mengucapkan terima kasih yang x terhingga kepada YB Dato' Mohd Kamil ADUN kawasan Gemencheh yang sering turun padang dan sentiasa berusaha membantu saf kepimpinan beliau untuk menerajui semangat memperjuangkan nasib rakyat.Semoga Rahmat dan Hidayah melimpah ke atasmu... Aminn.....
Rabu, April 07, 2010
Temuduga Terbuka.....
Satu seisi Temuduga kilang OHARA DISK (M) SDN BHD akan berlangsung pada 11/04/2010 jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari ahad di Balai Raya Kampung Batang Rokan.
Kepada sesiapa yang berminat boleh lah hadir pada tarikh tersebut.
Hanya Operator Wanita Sahaja..
Selasa, April 06, 2010
Harapan Tanpa Suara ( Kami Perihatin )
Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Korus
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah
Ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan
Langgan:
Catatan (Atom)



