Kampung Batang Rokan tetap menikmati kemudahan asas serba lengkap yang disediakan oleh kerajaan. Segala kemudahan asas yang ada sangat diperlukan seperti air bersih, elektrik dan komunikasi adalah memuaskan dan dinikmati oleh seluruh penduduk. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh berkomunikasi dengan selesa melalui talian telefon tetap atau mudah alih dengan liputan yang meluas.
Kemudahan jalan raya yang berturap meliputi hampir ke seluruh kawasan kampung yang boleh digunakan oleh kenderaan berat dan juga ringan. Jika ingin ke kawasan bandar atau pekan, mereka boleh menggunakan perkhidmatan bas awam yang lalu lalang di kawasan kampung. Jarak Kampung Batang Rokan ke Pekan Gemencheh di anggarkan sejauh 6km.
Kemudahan jalan raya yang berturap meliputi hampir ke seluruh kawasan kampung yang boleh digunakan oleh kenderaan berat dan juga ringan. Jika ingin ke kawasan bandar atau pekan, mereka boleh menggunakan perkhidmatan bas awam yang lalu lalang di kawasan kampung. Jarak Kampung Batang Rokan ke Pekan Gemencheh di anggarkan sejauh 6km.
Jalan Rangkaian dalam Kampung berukuran 5359 meter panjang (5.359km)
Yang terdiri dari :
Yang terdiri dari :
- Jalan Dato' Sati : 1400 meter
- Jalan Dato' Perdana : 2160 meter
- Jalan Dato' Panglima Perang : 610 meter
- Jalan Imam : 570 meter
- Jalan Bende : 142 meter
- Jalan Zaharah : 187 meter
- Jalan Ahmad : 12 meter
- Jalan Acom : 40 meter
- Jalan Silong : 50 meter
Kemudahan lain yang terdapat di Kampung Batang Rokan merangkumi kemudahan-kemudahan guna sama dan juga perkhidmatan seperti sekolah kebangsaan dan klinik desa. Klinik Desa dan Sekolah Kebangsaan Rokan adalah kemudahan yang di gunakan kepada 2 kampung iaitu Kampung Batang Rokan dan Kampung Rokan
Di Kampung Batang Rokan tidak ada sekolah, Namun terdapat sebuah sekolah bantuan kerajaan iaitu Sekolah Kebangsaan Rokan yang di bina pada tahun 1985 hingga sekarang.Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti bilik darjah, kantin, tandas, bilik guru, pejabat sekolah, padang sekolah dan sebagainya. Sekolah Kebangsaan Rokan telah diasaskan pada 1hb Jun 1926 oleh En Fikir B Chari dengan bilangan murid seramai 40 orang.
Aktiviti yang sering kali mereka lakukan ialah sambutan Hari Kebangsaan, Hari Guru, Maal Hijrah, Maulidur Rasul, bacaan Yasin, solat hajat, bulan membaca dan sebagainya. Seramai 14 orang guru ditugaskan untuk membimbing pelajar-pelajar sekolah ini.
Perkhidmatan kesihatan penting kepada orang ramai tidak kira di mana mereka berada. Perkhidmatan kesihatan yang utama di kalangan orang ramai ialah klinik kesihatan Pekan Gemencheh pada jarak 5km. Di kalangan penduduk Kampung Batang Rokan, mereka mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Klinik Desa Kampung Rokan yang jaraknya kurang dari satu kilometer dari kampung. Klinik Desa Kampung Rokan ialah satu-satunya klinik yang terletak bersempadan dengan Kampung Batang Rokan dan Kampung Rokan.
Klinik Desa Kampung Rokan yang di bina pada sekitar tahun 80an menyediakan pemeriksaan kesihatan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak yang menempatkan seorang Jururawat Masyarakat. Jururawat Masyarakat juga mengadakan rawatan ke rumah ibu-ibu yang baru bersalin dalam tempoh tertentu.
Kemudahan lain ialah masjid, balai raya, kedai runcit, kedai makan, telefon awam dan juga perhentian bas. Sebuah padang permainan seperti sepak takraw, bola tampar dan sebagainya telah disediakan.
Balai raya baru telah di bina sekitar tahun 1995 untuk memudahkan masyarakat kampung menjalankan apa-apa aktiviti. Segala program yang melibatkan kanak2 sekolah, belia kompang, belajar agama mahupun mesyuarat sering di lakukan di sini.
Masjid Kampung Batang Rokan yang di bina sekitar 1983 sering mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, terutamanya gotong royong. Masjid yang di terajui oleh Tn Imam Zulkifli sering melakukan program keagamaan pada setiap isnin dan jumaat malam pada minggu pertama dan ketiga, dan juga bacaan yassin setiap khamis malam.
Begitu juga dengan program kenduri masjid, ceramah bulanan, aktiviti korban pada Hari Raya Aidiladha, belajar agama dan sebagainya.
Tandas baru masjid di bina tahun 2009
Taman perumahan Kampung Batang Rokan sebanyak 50 unit telah di bina pada tahun 1985 dan kini mempunyai seramai 44 keluarga dan 6 unit kosong. Bersebelahan Taman Perumahan ini mempunyai tanah kosong kerajaan seluas anggaran hampir 2 ekar dan sedang dalam proses perumahan awam tambahan kepada penduduk mahupun masyarakat setempat.
Kedai Majlis Daerah Tampin telah di bina sekitar tahun 2005 sebanyak dua unit. Kedua-dua di sewa pada penduduk kampung ini, yang terdiri dengan perniagaan runcit dan kedai makan.
Ini adalah balai raya lama Kampung Batang Rokan yang di bina sekitar tahun 1980,
Segala kemudahan asas yang ada sangat diperlukan dan penduduk menggunakannya mengikut keperluan dari masa ke semasa.









