SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, November 06, 2012

Futsal Crazy Friendly PDM P133/N35/03 Kg Rokan

Program yang di rancang oleh PDM Kg Rokan pada 27hb 10 2012 iaitu Crazy Friendly telah berlangsung dengan jayanya. Pada pagi raya ke dua tersebut semua warga Kg telah terlibat dengan program Ibadah Korban, dan pada jam 5 petangnya pula warga Kg Btg Rokan dan Kg Ulu Rokan telah berkumpul di Gelanggang Futsal 1 Malaysia di Kg Btg Rokan.

Seisi pendaftaran dan Taklimat
Perlawanan Kanak2 bawah 12 tahun (3 pasukan)
Pasukan Wanita + Beliawanis 2 team.
Pasukan Veteran + pemuda + VIP lawan 2 team shj. ( Ketua Pemuda BN Bahagian Tampin dan Ketua Pemuda MIC Bahagian)
Ni Pasukan Pemuda Juara dan Naib Juara.
Cenderahati serta Cabutan Amal di sampaikan oleh Sdr Mohd Isam Bin Mohd Isa ( Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin)

Modul operandi yang jelas, di mana program Crazy Friendly Futsal ini bukan menentukan kemenangan menjuarai perlawanan. Setiap pasukan yang di bentuk terdiri dari peserta yang di rojak antara 2 kampung. Dan kutipan derma dan cabutan amal pada malam tersebut juga berjaya dan segala kutipan di serah terus ke wakil penerima yang memerlukan.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan