SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Jun 14, 2011

Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin.

Belia kg btg rokan tidak terkecuali terlibat dalam pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin pada 05/06/2011 berlangsung di Kg Tenai/Air gelugor. Pertandingan yang berjalan serentak bagi 3 DUN iaitu Gemas dan Repah serta Gemencheh. Penyertaan bagi Kg Btg Rokan dalam apa jua aktiviti samada dalam DUN atau luar sedikit sebanyak dapat merapatkan ukhwah antara sesama pemuda mahupun belia antara lain2 kampung.
4 dari kiri : Bergambar kenangan Pengerusi program Sdr Azhari (K.Pemuda Kg Btg Rokan), Sdr Hafiz Suboh ( s/u JKKK Kg Tenai, YBhg Dato' Baharudin ( Pengerusi JKKK Kg Tenai ) serta Ybhg Sdr Mohd Isam B Mohd Isa ( K.Pemuda Bahagian Tampin ) dan Sdr Mazudin ( K.Pemuda Kg Rokan ) bersama pemain2 dari Kg Tenai A dan Mutiara A.
Urusetia terdiri dari Beliawanis Kg Btg Rokan serta Cik Azura mewakili pendaftar SPR dan UMNO Bahagian Tampin.

Pemain jersi hijau dan kuning dari Kg Btg Rokan.
Penyampaian cenderahati kepada Ketua Pasukan yang menduduki tempat ke 5 hingga ke lapan oleh wakil Pegawai Belia Daerah Sdr Jasni serta di perhatikan oleh Ketua Pemuda dan Pengerusi program.
Hadiah berupa Trofi Piala Pemuda DUN gemencheh serta wang tunai dan Medal kepada Juara Pertandingan Futsal iaitu Kg sungai dua dan di sampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin.
Pasukan yang menjadi juara akan mewakili Bahagian Tampin bagi pertandingan Sukan UMNO Negeri yang akan berlangsung pada 26/06/2011 di Seremban, dan yang mendapat tempat pertama hingga ke lapan layak untuk merebut Piala K.Pemuda di perlawanan akan datang bertemu DUN Gemas dan DUN Repah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan