SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Julai 16, 2009

Program Bumi Hijau Komuniti Rumah Rakyat

Tanam ternak guna sendiri
Jimat cermat bina ekonomi

Program bumi hijau adalah program untuk menggalakan orang ramai melibatkan diri dengan bercucuk tanam.

Pada 15hb 07 2009 ( Rabu ) tepat jam 3.00 pm di balai raya rumah rakyat Kg Btg Rokan, Program Bumi Hijau Komuniti Rumah Rakyat diadakan. Matlamat untuk menghijaukan pandangan mata pada mereka yang x nampak kehijauan tu. Bukan di maksudkan rumput je yang hijau. Jadi pihak Jabatan Pertanian di datang la nak tambah kehijauan yang nampak samar2 je.

Jabatan ni datang x belenggang, siap nak bagi taklimat kesedaran pada mereka yang tak sedar akan kehidupan kehijauan ni. Motif Jabatan ni nak semua rumah di kawasan Taman sahaja di jadikan komuniti hijau ni. X sia2 orang dalam taman ni datang, kerana di berikan pula sedikit buah tangan ( kit ) le kiranya. Katanya jadikan hobi harian dan kaedah ni dapat mengurangkan kos perbelanjaan seisi keluarga, dan sayuran yang di hasilkan nanti kurang kegunaan racun. Tanam le dalam pasu ke, poli bag ke. mudah2an ada hasilnya.

Harapan Jabatan ni memang setinggi bukit tunggal tu, tp harap masyarakat setempat pun ambil la ketetapan untuk bersama menghijaukan halaman rumah masing2 dengan tanaman sayuran. Bahan2 pun dah di beri, tapi jangan simpan je dalam almari. hehehe .


Peserta yang hadir


Perbincangan sebelum program.

Dari kiri : Siti Nur Atyrah, Siti Hazwani, Nor Azizah. ( Wakil dari Jabatan Pertanian )
Jamaludin ( Ketua Kampung ), Cikgu zainal ( Nazir Masjid )



Kit Jabatan Pertanian
Baja 2 Bungkus, Baja Kompos 1 bungkus, Benih sayur 3 jenis dan Kit Penerangan


Pn Azizah
Ucapan ringkas tp panjang menjela


Taklimat sebelum Demo
Kau orang semua tau ke nak tanam atau tabur benih2 ni, meh sini den ajar aa. tengok tau.


Demo Cara2 Menanam
Ketua kampung nampak tokun peratikan demo ni.
Cikgu jangan jeling2 ok.


mcm ni haa.. tabur je mcm bagi ayam makan. x susah kan.



Azizah : Apa yang kau jolok tu ?
Hazwani : Sajo nak tunjuk kek kau, kek sinia x tanam laie.



Siti Hazwani : buek la garisan mcm ni, baru lah lurus sayur tu tumbuh.
yang penting gunakan pembaris yang panjang macam ni aa.


Sumbangan Kit Dari Pihak Jabatan Pertanian
Ambik la cik oii. sorang satu yo. jangan ambik lobih2. kang balik tanam tau cik.

Warga Kampung mengucapkan terima kasih kpd Jabatan Pertanian dan wakil bagi pihak iaitu :-

Siti Nor Atyrah Bt Muhammad hashim.

Siti Hazwani Bt Ahmad

Nor Azizah Bt Md Yusof.


Kepada Ketua Kampung, Ketua Cawangan dan semua yang terlibat, Terutama kepada Puyau yang sentiasa menjaga sistem audio dan sempat2 menjeling pada anak dara tu.


Harapan warga kampung supaya semua peserta yang hadir dapat memahami kaedah sebenar bumi hijau ini. Dan lakukan ketetapan yang patut dilaksanakan. Dengan tema " menuju kejayaan bersama " . Warga kampung juga mengucapkan syabas pada JKKK kampung yang sentiasa mencari altenative untuk perubahan dalam masyarakat. Jadi marilah kita bersama menuju ke arah tema tersebut. Terima kasih.