SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Ahad, Mac 13, 2011

Belia Gtg Ryg Bersih Balai Raya Masjid lama..

Gotong Royong membersihkan balai raya Masjid yang lebih dari 12 tahun tidak di gunakan di lakukan oleh gerakan Belia 4B Kg Btg Rokan pada 27.02.2011. Perancangan untuk menggunakan sebagai Bilik Gerakan Belia 4B dan menjalankan perbagai aktiviti samada silat, kompang, squad muda rela dan perkara2 yg di luar jangkaan. Berkemugkinan akan di gunakan buat sementara Masjid di ubah suai x lama lagi.
Banyak2 barang lama yg terpaksa di pindahkan ke ruang belakang untuk mengosongkan ruang utama balai raya ini.
BeliaWanis tidak terkecuali bersama membantu meringan kan beban
Membasuh lantai adalah perkara akhir selepas pembersihan mengeluarkan almari yang rosak, meja dsbgainya. Namun pembersihan kali kedua akan di lakukan sekali lagi untuk memastikan kawasan lantai cukup bersih sebagai persediaan untuk di gunakan tempat ilmiah dan solat sementara menunggu masjid yg x lama lagi akan di ubah suai.
paparan lain ada di FB

Selasa, Mac 01, 2011

Ceramah Agama sempena Maulidur Rasul bagi Zon Kg Btg Rokan 1432 H

Ceramah agama sempena Maulidur Rasul bagi Kampung Batang Rokan telah pun berlangsung pada 23.02.2011 rabu malam bermula seawal 7.20 mlm. 2 Hari sebelum berlangsungnya Ceramah Perdana DUN Gemencheh di Masjid As-Syakirin. Di mulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan terus pada agenda ceramah yang berkaitan kisah Nabi Muhammad S.A.W
Alhamdulillah.. sambutan amat menggalakan dan porgram berakhir pada lewat jam 10.30. dimana, selepas solat Isyak berjemaah, jamuan makan malam, di hidangkan dengan pelbagai juadah yang di bawa oleh penduduk dari rumah masing2.

Ahad, Februari 27, 2011

Sambutan Maulidur Rasul DUN Gemencheh dan Majlis Penyampaian Hadiah pemenang Keceriaan Kampung DUN Gemencheh

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat DUN Gemencheh berlangsung pada 19.02.2011 di Masjid Jamek Gemencheh Lama, Di mana perarakan akan bermula dari Padang Kompleks Gemencheh 2 menghala ke Masjid dalam jarak hampir 3km.
Sempat bergambar kenangan peserta perarakan Maulidur Rasul mewakili Kg Btg Rokan bersama Pengerusi JKKK En Jamaludin B Piee serta Sdr Azhari s/u JKKK merangkap Pengerusi Belia 4B.
Antara 27 Pasukan yang mewakili pihak masing2 di Padang Kompleks Gemencheh dua @ Kg Jelawai.
Ini dia kontijen Kg Btg Rokan yang di wakili dari kumpulan Belia2 untuk bersama dalam perarakan tersebut
Dalam perjalanan dari Gemencheh dua menghala ke Pekan Gemencheh.
Perjalanan menghala ke Masjid Jamek dari Pekan Gemencheh
Tn Haji Ujang B Yassin telah di nobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul DUN Gemencheh 2011
Pn Hajah Samariah Bt Ismail telah di Nobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul bagi tahun 2011
Kumpulan It'Qan dari SekolahTahfiz Gemencheh mempamerkan persembahan Nasyid yang telah di albumkan
En Jamaludin B Piee telah menerima Replika, Hadiah berupa RM5000 dari YB Dato' Mohd Kamil (ADUN Gemencheh) bagi JOHAN pertandingan keceriaan Kampung 2010.

p/s : paparan ini akan di siarkan dalam ruang yang lain.

Rabu, Februari 23, 2011

Mesyuarat Khas Pengerusi dan Setiausaha DUN bersama YB kali ke 9

Kali ini mesyuarat bulanan JKKK DUN Gemencheh yang di pengerusi kan oleh YB Dato' Mohd Kamil telah masuk bilangan rumah yang ke 9 sejak 2010 lagi. Mesyuarat ini yang di jadualkan setiap bulan telah tertunda beberapi kali, namun kali ini dapat di laksanakan di rumah En Ghazali B Arshad Kg Jelawai, Kg Jelawai adalah Kg dalam Pekan Gemencheh Dua. yang mana jaraknya antara Kg Btg Rokan lebih kurang 4 km sahaja. Kehadiran hampir kesemua Pengerusi serta Setiausaha JKKK DUN amat memuaskan malah pelbagai masalah dari setiap Kg di aju terus ke YB Dato' serta dapat memberi buah fikiran akan hala tuju mahupun perancangan program2 yang akan di laksanakan nanti.
kehadiran Penghulu Mukim Gemencheh, Tn Hj Zainal Ariffin B Salleh meriahkan lagi keriuhan mesyuarat.
Pada bulan hadapan Mesyuarat Pengerusi serta Setiausaha DUN akan berlangsung di Kg Tengah dan seterusnya di Kg Baru Gedok. Mesyuarat begini merapatkan saf kepimpinan di akar umbi dan menjadi satu agenda yang terbaik dalam melaksanakan amanah dari keseluruhan penduduk Kg masing2..