SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, Mei 19, 2010

Program Membasmi Musuh Tanaman

Satu program membasmi musuh tanaman julung-julung kali di adakan dalam Dun Gemencheh pada 18hb Mei 2010 di Kampung Batang Rokan. Antara Jabatan Kerajaan yang terlibat ialah Bahagian Keselamatan Pejabat Tanah dan Daerah Tampin, Rela Daerah, Perhilitan Negeri, Majlis Daerah Tampin, Polis Gemencheh serta AJK JKKK dan penduduk kampung.


Taklimat ringkas oleh En Jamaludin ( Pengerusi JKKK ) pada sesi pagi serta En Saidi dan En Sobri untuk memudah dan melancarkan perjalanan operasi dan pembahagian kumpulan. Hampir 40 orang yang telah terlibat bersama dalam operasi ini.



Sekalung Penghargaan Terima Kasih dari YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz kepada semua yang terlibat sama dalam menjayakan program ini. Beliau telah menyatakan akan menyalurkan sumbangan bagi tahun 2011 sebanyak RM3k untuk program yang akan datang, dan beliau juga memaklumkan akan memberi sumbangan RM300 kepada Kampung Sungai Jernih/Air Rawa, Kampung Sri Jelai Sg Dua dan Kampung Pondoi Dun Repah untuk program yang sama. Beliau juga akan menyalurkan sebanyak RM2k kepada Perhilitan Daerah Gemas untuk membina perangkap monyet baru.




Ucapan Terima Kasih Dari Pengerusi JKKK, Ajk JKKK dan penduduk kampung batang rokan kepada terutama YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz, En Abdul Rahman B Unus ( Bahagian Keselamatan Daerah ), En Mohd Saidi B Mohd Sharir ( Pegawai Rela Daerah ), En Sobri B Abd Latif ( Perhilitan Daerah Gemas ), En Abas B Hj Ahmad ( Majlis Daerah Tampin ), En Karim ( OCS Balai Polis Gemencheh ) serta kakitangan jabatan-jabatan yang terlibat sama.

Walimatul Urus

Satu Kad Jemputan telah di terima oleh Pengerusi JKKK Kg Btg Rokan. Kad yang menarik ini adalah kad jemputan ke Majlis Perkahwinan anak Y.A.B Dato Seri Utama Haji Mohamad B Haji Hasan dan Y.M Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin pada 06 Jun 2010 di teratak kediaman Kampung Tanjung, Rantau, Negeri Sembilan.

Majlis Persandingan Amri Dato' Seri Utama Haji Mohamad 
dengan
Nurlita Ayu Tan Sri Adam

Siap peta lagi ke lokasi.

kami warga kampung mengucapkan 

SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.......




Isnin, Mei 17, 2010

Lawatan Tapak....

Satu serbuan rombongan kontraktor dan Pegawai Felcra untuk melawat tapak telah berlangsung di Kg Btg Rokan pada 17 Mei 2010 jam 10.30 pagi. Rombongan bersama dengan pengerusi JKKK Kg Btg Rokan untuk melihat keseluruhan kawasan tanah kg yang telah terlibat dengan program tersebut. Seluas 45 Hektar kawasan yang terbiar di sekitar Kg Btg Rokan, Kg Ulu Rokan dan Kg Tengah. 2 kampung tersebut telah dimasukan dalam kelompok Kg Btg Rokan.

membincang dan menunjukan lokasi di dalam peta.

sebahagian kontraktor yang datang melawat tapak.

Pihak JKKK tidak mengharap atau memilih atau mencadangkan mana2 kontraktor yang terlibat dalam tender tersebut, apa yang di harapkan ialah semua projek pemulihan akan menjadi kenyataan dan mampu mengubah ekonomi pemilik tanah selepas hasil di keluarkan nanti, w.k akan sentiasa memaparkan kisah2 selepas ini. untuk pengetahuan umum serta masyarakat akan program kerajaan yang akan menjana ekonomi penduduk setempat.

Rabu, Mei 12, 2010

Terima Kasih TNB..

Selepas lawatan pihak TNB pada 7hb kelmarin, tindakan segera telah mereka lakukan, pada 11hb 5 sekali lg pihak TNB menyerbu masuk ke Kg Btg Rokan untuk melaksanakan kerja untuk rakyat. w.k hanya paparkan kisah di hadapan balai raya, di mana pengikat kabel tersebut telah tercabut. lokasi kerja mereka di Masjid, tiang2 di jalan rangkaian serta menukar lampu yang rosak telah mereka lakukan.

lebih dari 4 jentera kerja di hantar oleh TNB, membuatkan org kg tertanya2..
sekumpulan tenaga di kerah untuk menukar dan memasang pengikat kabel.

ini lah gambaran sebelum...

pihak w.k bagi lagi markah penuh kepada pihak TNB atas urusan mudah kerja yang mereka lakukan, dan secara tidak langsung segala kebaikan dan kebajikan yang kita sama2 lakukan tidak akan di kritik lagi. 
bukan mudah nak menyanjungi hati manusia. selagi nafsu menjadi raja. setelah apa yang pihak JKKK lakukan, tohmahan tetap ada. buruk dan baik tetap di terima.ini lah pengorbanan sebelah mata selepas hati diteroka oleh durjana..