SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, Mei 05, 2010

Ular dan Jabatan Pertahanan Awam..

Pada 05.05.2010 jam 8.00 pagi suasana tenang dan damai sekitar Kampung menjadi kecoh atas kehadiran Reptilia yang melingkar dan menjalar di Kampung Batang Rokan. Reptilia tersebut bukan lah berada di kawasan lapang tetapi telah terperangkap di dalam sangkar perhilitan. Panggilan secara terus di buat ke En Rahman ( Bahagian Keselamatan Daerah Tampin ), memaklumkan pertolongan untuk menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Daerah Tampin.

Reptilia barada dalam sangkar Perhilitan

Tindakan Pantas JPA menangkap ular tersebut



Akhirnya Reptilia tersebut kecundang.

Terima Kasih Kepada Jabatan Pertahanan Awam atas kerjasama yang dihulurkan.Kecekapan mereka menjalankan tugas amat pantas. Jam 9.30 pagi segala masalah telah selesai.

Mesyuarat..... Mesyuarat....

Mesyuarat Bulanan Pengerusi JKKK Dun Gemencheh


Pada 03.05.10, perjumpaan dan mesyuarat bulanan Pengerusi JKKK dalam Dun Gemencheh bersama Adun Y.B Dato' Mohd Kamil telah berlangsung di pekarangan rumah Pengerusi JKKK Ulu Rokan iaitu Tok Rashid. Perjumpaan bulanan ini melibatkan pelbagai agenda dalam semua pentadbiran masing2. Permasalahan masyarakat di utamakan setiap kali program ini berlaku.

Secara tidak langsung Y.B turut menyampaikan baki sumbangan seunit komputer peribadi kepada Pengerusi JKKK yang belum menerima selepas fasa pertama di agihkan pada bulan lepas di rumah Pengerusi JKKK Btg Rokan.  Y.B mengharapkan agar di gunakan kemudahan tersebut dengan tujuan pentadbiran JKKK masing2 serta mengalakan semua JKKK di bawah Adun Gemencheh mewujudkan Blog masing2.

PERJUMPAAN AKAN DATANG DI RUMAH PENGERUSI JKKK SUNGAI JERNIH.

Mesyuarat Pertandingan Keceriaan Kampung
Program Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang


Pada 05.05.2010 jam 9.00 pagi, satu mesyuarat khas untuk program Pertandingan Keceriaan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Dun telah berlangsung. Bermulanya hari ini semua JKKK kampung Dalam Dun terlibat dalam menjayakan Keceriaan pelbagai presepsi dan sudut harus dilaksanakan.

Semua JKKK menyahut baik akan program ini, secara tidak langsung konsep mesra alam sekitar, bumi hijau mahupun program menanam sejuta pokok terjalin akrab dalam pentadbiran masing2.
Program Bersama Pemimpin Komuniti

Pada Hari ini juga jam 2.00 petang, Semua pengerusi JKKK di minta hadir bersama ke Dewan Sri Gemencheh untuk menyampaikan permasalahan dalam kampung kepada Pemimpin mahupun Jabatan yang terlibat. hari ini permasalahan dan seisi dialog hanya di usulkan kepada pihak TNB sahaja.
Segala aduan permasalahan akan secara terus di sampaikan kepada pihak penganjur yang terlibat.


Selasa, Mei 04, 2010

Apa nak jadi ni....??????


Pada 24hb 03 2010 bermula kisah satu projek dari KEMAS iaitu sebuah pintu gerbang untuk Kampung Batang Rokan.  Sebagai pemimpin saranan dan pemberian dari pihak kerajaan atau mana2 hendaklah di sambut dengan baik dan bersyukur.Lebih2 lagi ia melibatkan keceriaan bagi kg. Pihak kontraktor yang menerima projek di RAHSIAkan dan telah memaklumkan kepada pihak JKKK beserta dengan kenyataan pihak KEMAS bahawa projek pemberian Pengarah Kemas akan di siapkan sebelum 08hb 04 2010.



Pada 23hb 04 2010 seperti yang dijanjikan atau di nyanyikan atau hanya berkata2.. bumbung pintu gerbang pun sampai ke tapak projek tersebut. Ini menggambarkan projek ala tahun 80an. Pintu gerbang zaman kenangan silam la katakan..(sekali lagi aduan ke pihak JKKK di terima ).



Pada 25hb 04 2010 telah tesergam indah wajah2 atau bayangan pintu gerbang yang pasti akan menepati citarasa bagi semua pihak. Walaupun pihak JKKK telah menerima banyak aduan tentang projek yang seperti Kelas A ni. Dan secara jujur nya aduan telah di panjangkan ke KEMAS mahupun pihak atasan. Namun kita redha dan menerima, bahawa ini bukan lah projek yang Pihak JKKK mohon, ini adalah projek sumbangan bakti dari pihak Kerajaan mahupun KEMAS.



Namun….. pada 03hb 05 2010 pihak kontraktor telah gagal sekali lagi membuktikan bahawa projek ini bukan lah Kelas A mahupun F. Dengan keadaan macam ini lah, lebih baik buat gotong royong sahaja. Papan zink untuk ungkapan SELAMAT DATANG dah jadi mahal.. jadi pihak kontraktor guna kaedah tahun 2020, guna plastik ( banner ) yang mungkin boleh tahan sampai tahun 2020.


Bayangkan banner dijadikan pelengkap syarat untuk kepuasan pihak tertentu.. Ini bukan untuk jangka panjang. Setakat 6 bulan mungkin banner tu dah jadi pembalut nangka madu.

Kami pihak JKKK sering di tuduh dengan pelbagai alasan masyarakat kampung, jadi pihak kontraktor lakukan lah sewajar-wajarnya, bukan untuk mengira hasil berlipat ganda. Masalah menuding jari dan bangau oh bangau terus di nyanyikan.. Kami kesal dengan semua pihak yang bertanggung jawab. 
kami pihak JKKK terpaksa pekak telinga dan buta mata untuk kepentingan anda..Fikir2 lah .. bukan di tuju pada kontraktor tersebut, tapi kepada semua kontraktor dalam Daerah Tampin. lakukan lah yang terbaik. Ingat lah wang rakyat dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat.

Setelah perbincangan di lakukan, Pihak kontraktor telah memaklumkan bahawa banner ini akan di tukar, namun bukanlah bermakna paparan ini tidak akan di keluarkan. Kami Pihak JKKK sentiasa mengalukan sesuatu perkara yang baik, lebih2 lagi untuk masyarakat.

Terima Kasih kepada pihak kontraktor...

Isnin, Mei 03, 2010

Kelapa Nan Sebatang, Riuh Sekampung

Sabtu, jam 6.00 petang. sekumpulan kontrakor TM datang walau di janjikan jam 5.00 petang ke Kg Btg Rokan dan di bantu oleh pekerja Selia Selenggara. Gara2 sebatang pokok kelapa yang condong dan hampir rebah ke jalan Utama. Aduan telah di buat dan tindakan pantas telah menyebabkan pokok kelapa tumbang sebelum waktunya.

Pihak kontraktor TM telah menurunkan kabel talipon sebelum kerja menebang di jalankan. Semua menjadi mudah jika bersatu dan sepakat.

24/04/2010 ( sabtu ) kejadian yang di saksikan oleh penduduk kampung. Mcm nak wat kenduri kendara pula..Namun w.k hargai jasa semua pihak yang bertungkus lumus membantu pada waktu tersebut. 

nantikan keceriaan fasa 2 yang w.k akan maklumkan pada anda semua.Terima kasih kepada pihak TM dan Selia Selenggara atas kerjasama anda semua.