sebahagian ajk program tersebut adalah Ahli Gerakan Belia 4B Kampung Batang Rokan, syabas w.k ucapkan atas usaha anda semua untuk bersama menjayakan program tersebut.
Rabu, April 14, 2010
Kejohanan Pencak Silat Piala Ahli Parlimen 2010
Satu Kejohanan Pencak Silat Piala Ahli Parlimen Tampin yang telah diadakan pada 18 Mac 2010 bertempat di MRSM Gemencheh.Kejohanan anjuran bersama Akademi Sukan Pencak Silat UMNO Bahagian Tampin,JASA Negeri Sembilan,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin,Gerakan Belia 4B Tampin,Pesaka Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negara dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin diadakan secara sederhana dan telah berjaya menarik perhatian YB Dato' Shaziman b Hj Abu Mansor merangkap Menteri Kerja Raya Malaysia, Adun Gemencheh YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz dan beberapa Ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia dan rombongan Belia 4B diikuti dengan majlis menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin .....Persediaan bermula dengan mesyuarat AJK kerja dan pembentangan kertas kerja... yang telah dipengerusikan oleh Saudara Mohd Isam b Mohd Isa selaku Penasihat Kejohanan Pencak Silat kali ini..
Mendengar Permasalahan Penduduk Daerah Tampin Di Kg Btg Rokan
Pada 13hb April 2010 jam 3.00 petang ( selasa ) satu pertemuan penduduk Kg di Balai Raya Kg Btg Rokan bersama ketua2 jabatan serta wakilk2 jabatan dalam Daerah Tampin iaitu wakil dari Jabatan Pertanian, Rela, Sains, Felcra, Jabatan Kebajikan Masyarakat, TNB, Veterinar, Majlis Daerah Tampin, JKR dan lain2 serta Penghulu Mukim Gemencheh, Tuan Zainal B Ariffin.
Program Mendengar Permasalahan Rakyat Daerah Tampin yang membabitkan permasalahan penduduk Kg dengan semua jabatan adalah julung2 kali di adakan oleh Pentadbir Daerah. Walaupun Pegawai Daerah Tuan Hj Razali B Bakar tidak hadir, namun semangat juang wakil2 dari semua jabatan telah memberi komitmen yang tinggi, lebih2 lagi wakil beliau yang mempengerusikan program ini iaitu Tn Anirwan Fauzee B Mohd Aini Ketua Penolong Pegawai Daerah Tampin serta barisan Ajk beliau.
Warga kampung mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pertemuan ini,Program ini juga dapat menjalin dan mengeratkan silaturrahim dan membina hubungan persaudaraan di antara semua yang terlibat bahkan sekaligus memperluas pengalaman dan memperkayakan pengetahuan kita semua.
Program ini juga adalah hasil dari sumbang bakti yang kerajaan kita lakukan dalam usaha memaju dan membangunkan prasarana perkhidmatan bagi pihak jabatan masing2. inilah juga program yang terbaik iaitu semua perkara berkaitan kelemahan kedua2 pihak atau prasangka mana2 jabatan dapat diselesaikan secara begini. Namun kawasan luar Bandar tidak akan memperlihatkan kemajuan kejayaan sekiranya tidak mendapat sokongan dari penyertaan rakyat di peringkat akar umbi.
Kami pihak JKKK Kg Btg Rokan memohon maaf sekiranya berlaku silap dan salah sepanjang mengendalikan Majlis dan tak lupa kepada Penghulu Mukim Gemencheh yang setia bersama sejak awal Majlis sehingga selesai dan tunjuk ajar yang beliau berikan kepada w.k..
Ahad, April 11, 2010
Perbincangan Khas..
Pada 11 april 2010 ( ahad ) tepat jam 9.00 mlm. satu perjumpaan pihak JKKK bersama Ajk Wanita UMNO serta Ajk Gerakan Belia untuk membincang segala kekusutan dan permasalahan serta program2 yang harus di ambil tindakan atau sebaliknya.
Warga Kampung sentiasa mengharapkan semangat gigih Ajk yang bertanggungjawab untuk sentiasa peka terhadap perbincangan yang harus di laksana. perbincangan tentang Aturcara, Program Mendengar Permasalahan Rakyat Daerah Tampin pada 13hb. 04 2010 bersama semua Jabatan. Program Keceriaan Kampung yang akan di pertingkatkan. Program ?????? yang di jangka pada bulan 5 ini, Program Gotong Royong yang harus segera di laksanakan. dan semua program2 kemasyarakatan yang akan sentiasa di lakukan demi perpaduan.
Terima Kasih Hospital Tampin
Pada 10hb 04 2010 lebih kurang jam 12.10 minit tengahari satu panggilan ke Klinik Kesihatan Gemencheh telah di buat oleh remaja kg dan memaklumkan seorang warga emas berumur 86 tahun telah pengsan dan memerlukan ambulan untuk di bawa ke klinik berhampiran.
Amat DUKACITA nya pihak warga kampung akan jawapan yang diberi. " sila hubungi pihak Hospital Tampin ". Jelas keperihatinan pihak Klinik Kesihatan Gemencheh mungkin mengikut komitmen tatacara kerja.
Panggilan terus ke Hospital Tampin telah di buat dan Ambulan tiba pada jam 01.05 minit. Walaupun warga kampung kecewa atas kelewatan masa, namun Ucapan terima kasih secara terbuka harus di ajukan kepada Pihak Hospital Tampin. Semangat juang begini harus dipupuk demi menjaga Kerjaya yang beramanah tinggi.


JKKK Kg Btg Rokan mengucapkan Terima Kasih kepada Pihak Hospital Tampin yang bertindak pantas membantu, lebih2 lagi pesakit adalah warga emas. Segala kebajikan yang anda lakukan akan mendapat hidayah di dunia dan akhirat.. Insyaallah... Amin...
Langgan:
Catatan (Atom)

