Selasa, September 29, 2009
Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata
Jika perlu MARAH, marahlah...tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.
Jika perlu MENANGIS, menangislah...tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.
Jika perlu PATUH, patuhlah...tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.
Jika mahu MISKIN, miskinlah...tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.
Jika mahu KAYA, kayalah...tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah...selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah...asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS.
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah...asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah...asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah...asalkan jangan sampai MENGUMPAT.
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah..asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.
Hidup sederhana akan memastikan kita tidak akan miskin selama-lamanya. Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..
Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya.
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta. Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.
Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.
Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya, bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.
Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia.
Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.
Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan. "
Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin,
menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil,
beribadahlah jangan sampai semakin jahil...
Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut." Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus.
Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.
Bersederhana adalah jawapan kepada segala......
Rabu, September 16, 2009
Kehangatan Menyambut Syawal



















Pengerusi JKKK mewakili semua pihak mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Muhibbah ini. Beliau juga mengalukan semua yang terlibat akan sentiasa bersama dalam apa jua tindakan menjayakan agenda yang akan datang.
Warga Kampung telah bersama dalam menjayakan program ini, Harapan w.k juga agar pihak JKKK dan ajk Masjid sentiasa komitmen dalam menjayakan apa juga program.
Jumaat, September 11, 2009
Terima Undangan

Jemputan Ke Rumah Terbuka Beliau pada 26 September 2009 ( sabtu )
Bermula jam 8.00 mlm.
Bertempat di :-
Teratak CT Rosdin
Kampung Batang Rokan
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan
Terima Kasih juga w.k Ucapkan kepada En Nasarudin atas sumbangan beliau kepada warga emas dan anak yatim kampung ini yang mengalami kesusahan dan kegawatan. Beliau sentiasa membantu dalam apa jua masalah dlm kampung ini mahupun dlm apa2 program.
Rabu, September 09, 2009
PULANGLAH WAHAI ANAK PERANTAU
Warga kampung mengambil Kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2009 bersamaan 1430 Hijrah, Dan kesempatan ini juga Warga kampung mewakili semua pihak dalam kampung memohon Maaf andai tanpa disedari adanya kesilapan text mahupun percakapan.
Salah silap yang tidak tersengaja ini melambangkan kelemahan kita sebagai hamba Nya. Tiada rasanya akan membangga diri mahupun sombong dan bongkak, namun kita di lahirkan seadanya.
Warga kampung menyeru kepada semua anak2 Kampung Batang Rokan agar pulanglah ke Kampung halaman ( Begayoo laa kek kampung taun ni ).. kok lobih ulur ulur laaa.
Dengan harapan, Berhati2 lah ketika memandu semasa dalam perjalanan balik kampung, Yang penting Selamat Tibanya dan Ingat Lah Orang Tersayang.

Selasa, September 08, 2009
TERIMA KASIH TNB TAMPIN.

Masalah Paip Air




Foto rumah mesra rakyat en Kodir. beliau telah menetap hampir 6 bulan, masallah beliau ni pernah di utarakan ke JKKK, dan pihak JKKK telah maklumkan kepada YB Dato' Kamil, Pihak Pegawai Daerah Tampin. namun sehingga hari ni belum ada apa2 berita. Beliau menetap disini bersama 4 orang anak nya yang masih bersekolah rendah. w.k harapkan adanya pemantauan dari pihak kerajaan terhadap masaalah rakyat. 52 tahun kemerdekaan telah di sambut, namun kesal kerana tindakan kerajaan terhadap keistimewaan rakyat yang lambat.
kesal dengan sikap kontrakter...


w.k di maklumkan oleh pihak JKKK bahawa aduan telah diperolehi dan pemantauan telah di buat. pihak JKKK telah mendapati bahawa tiang pagar tanah wakaf telah patah pada 06 hb 09 2009.. Pada jam 11.27 pagi 07hb 09 2009. wakil pihak JKKK telah menghubungi pihak kontrakter. Hasil perbincangan telah diputuskan bahawa kontrakter akan mengganti dengan tiang baru.
Mana Janji ????

Harapan W.k agar ada pihak yang telah berjanji tu, tunaikan lah janji. lagi beberapa hari lagi syawal akan tiba. Jangan lah time mcm ni sibuk dengan sedekah sana, sedekah sini. semua nak kuar surat khabar, semua nak kuar tv. Sebelum tibanya Ramadhan pun boleh kita lakukan kerja amal, Fardhu kifayah mahupun bersedekah. Namun sedekah yang lebih afdal bagaimana???
x perlu bangga diri... w.k kesal dengan segelintir pihak...
W.k pernah paparkan kisah Pn Bidah ni, Alhamdulillah... ada segelintir pihak yang sudi membantu dengan ketelusan jiwa.. namun ada juga pihak yang sambil lewa. 16hb Ogos telah berlalu, telah 21 hari namun pihak yang berurusan dengan TNB masih tiada berita.
Kesian lah insan Warga emas bermalam dan menyambut Ramadhan dalam keadaan gelap gelita...????
Renung2 kan lahhhh....
Ahad, September 06, 2009
Sambut Syawal Menjelang.



sedang meninjau dan memastikan tangga berkualiti.






Nazir Masjid En Zainal B Abd Wahid mengucapkan timo kacih kepada belia2 yang sanggup melapangkan masa pada bulan ramadhan ni untuk bersama2 mengecat masjid.