SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, April 19, 2010

Program Gotong Royong Kemasyarakatan Kali ke dua 2010

Program Gotong Royong Kemasyarakatan Kali Ke Dua telah berlangsung pada 18hb 04 2010 ( ahad ), walaupun jadual program bermula jam 3.00 petang, Namun tentatif program telah di ubah oleh gerakan belia 4B kg, di mana program meracun jalan rangkaian kampung sejauh 5264meter ( 5KM ) telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Kaedah meracun menggunakan lori Cikgu Mohd Nor dan pam engin Pak Mok ( adik Datuk Nasarudin ), telah memudahkan proses meracun seluruh jalan rangkaian kampung, sekitar taman rumah rakyat, padang permainan serta tanah perkuburan. Inilah program julung2 kali pihak pentadbir lakukan setelah mendapat dana dari YB Dato' Mohd Kamil ( ADUN Gemencheh ) kelmarin untuk pengurusan dalam kampung.

pada jam 3.00 petang pula program membersih masjid, sekitar halaman masjid serta dusun buah-buahan berlangsung hingga jam 5.00 petang, dengan kehadiran penduduk kampung hampir 60 orang telah memudahkan segala pengurusan pembersihan termasuk Spy Penanggah

kelibat spy penanggah berbaju putih.www.penanggah.blogspot.com

Walaupun makan minum telah di sediakan oleh pihak JKKK, namun masih ada yang sudi sponsor makanan tambahan seperti cendol serta apam balik panas...


Pihak JKKK Kampung Batang Rokan serta AJK Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat sejak awal hingga selesai program kemasyarakatan ini. pentadbir akan jadualkan program yang sama selepas 3 bulan ini. Dan Terima Kasih kepada sponsor makanan tambahan serta Gerakan Belia yang sanggup bermula awal pagi hingga selesai.

Terima Kasih Kepada YB Dato' Mohd Kamil atas sumbangan dana tempoh hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan