Alhamdulillah. Atas usaha dan kerjasama semua pihak berkonsepkan Rakyat Di Dahulukan. Warga Btg Rokan tidak di kecualikan bersama menerima ihsan ikhlas BR1M dari kerajaan. Pelbagai peruntukan yang di beri, lebih2 lagi kepada pelajar2 sekolah. Amat bertuah keluarga yang menerima bantuan tersebut dan seharusnya Rakyat Malaysia termasuk warga kampung sentiasa bersyukur. Bersyukur pada ALLAH yang melimpahkan kedamaian dan rezeki dariNya ke umatnya mahupun dari umat ke umatnya. Buruk sangka ibarat Fitnah yang besar dosanya. Jadi mari kita bersama2 menadah tangan memohon pada Illahi akan musibbah yang menimpa ini akan berakhir. Usaha demi usaha Pihak JKKK ajukan, bukan mudah untuk melaksanakan Impian, lebih2 lagi dalam satu Malaysia ni bukan sahaja kita aje yang mohon peruntukan. Tapi atas usaha gigih pentadbir dalam Daerah Tampin, sedikit sebanyak ia membatu juga. Kadang2 kita sebagai JKKK yang mentadbir kampung tak terlepas menerima tempias mahupun cemuhan. Nak puaskan hati orang bukannya perkara mudah. Tolong salah, tak tolong pun salah, yang dah di tolong, Terima Kasih pun tidak. Ini lah Lumrah Hidup manusia kini.
Warga kampung pun dah lama tak up date blog ni, pasal tak ada liputan internet, jadi amat sukar untuuk menyampaikan apa2 info terkini dalam Kampung. Sebelum ni Kampung ada buat program bersama Kemas, Risda dll.
Yang w.k nak paparkan ialah wajah terbaru padang Futsal 1 Malaysia yang telah hampir siap dan baik pulih balai raya Masjid.
warga kampung akan menunggu penyerahan padang 1 malysia ini dan akan mengadakan program dan sebagainya.
Bukan itu saja, warga kampung dapat lagi peruntukan baik pulih balai raya Masjid. cat baru, pasang jubin, tukar ardek serta mengubahsuai ruang dapur.
keadaan semasa awal semasa kerja menukar ardek.
Ni dia wajah baru balai raya Masjid selepas di upgread oleh kerajaan. Lepas ni pihak Masjid nak buat program Maulidur Rasul. nantikan......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan