SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, April 21, 2010

Perbincangan Program dengan Pentadbir Daerah

Pada 21hb April 2010, Pengerusi JKKK Kg Btg Rokan hadir ke Mesyuarat Penyelaras Majlis Penyerahan HakMilik Rumah Rakyat Kg Btg Rokan di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Tampin jam 9.00 pg. Program penyerahan geran akan disampaikan oleh Menteri Besar YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Hj Hassan yang di jadualkan pada 26hb 04 2010 bertempat di Kampung Batang Rokan.

seisi mesyuarat



Jam 11.00 pg seisi lawatan Pegawai Daerah, YB Dato' Mohd Kamil serta ajk bertindak ke kawasan Rumah Rakyat Kg Btg Rokan. setelah perbincangan selesai, kawasan yang di harapkan tidak menepati citarasa dan tidak bersesuaian untuk menjayakan program yang julung2 kali diadakan ini.

Atas hasil perbincangan dan keputusan bersama, kawasan program telah cadangkan ke padang Sekolah Kebangsaan Rokan, perjumpaan bersama Tn Guru Besar sekolah untuk memaklumkan akan perkara tersebut agar Program Juara Rakyat akan mengikut jadual yang di tetapkan.
sebagai tuan rumah, kami sentiasa mengharapkan kerjasama yang akrab agar segala perancangan akan teratur. jam 3.00 petang ini akan berlangsungnya mesyuarat tuan rumah bersama dengan YB Dato' untuk membincang program dan susun atur persiapan akhir dan keputusan sebenar tapak program tersebut. dan terima kasih kepada Pegawai Daerah Tuan Razali B Bakar yang sering memberi tunjuk ajar.

1 ulasan:

  1. wah ado konduri bosa tuh!
    pelawo2lah orang sokoliling yoh..
    pasal makan tak do hal, nak nyambut mentori tu..paham2 yolah...kalau hujan tak dapek motong sampailah den, rogo gotah tongah mahal..lagi pun sapolah kito nih...

    BalasPadam