SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Mei 23, 2011

Pertandingan Persahabatan Sukan Silat ASPS

Pertandingan Persahabatan Akademi Sukan Pencak Silat pada 21hb 05 2011 berlangsung di Balai Raya Kg Btg Rokan, Di mana Kg Btg Rokan sebagai tuan rumah membuka tirai bagi perlawanan persahabatan 10 gelanggang di dalam Daerah Tampin. Program ini akan berlanjutan ke semua 10 gelanggang mengikut turutan setiap bulan.
Kenangan semua pesilat remaja dan pra remaja
Taklimat dari Abg Zul dan jurulatih
Taklimat ringkas dari Pegawai Belia dan Sukan bagi merancakkan lagi program tersebut.
pakai baju RELA pasal baru balik dari program latihan menembak bersama Sdr Azhari dan Sdr Suhaimizan
Salah satu pesilat yang bertanding hingga lewat malam
Persembahan Wasit di hadapan Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
turut serta Pengerusi JKKK dan Ketua UMNO Cawangan sebagai tanda sokongan terhadap program tersebut.
Admin amat menggalakan agar program begini akan sentiasa di teruskan setiap bulan mengikut giliran gelanggang2. Banyak intipati yang di perolehi oleh remaja2 yang terlibat.
paparn lain ada di dalam FB Kg Btg Rokan
dan mohon maaf kerana kesilapan tarikh dalam gambar.

Rabu, Mei 18, 2011

Sambutan Hari Belia 2011

Sempena menyambut hari belia pada 15hb 05 2011, Belia Kg Btg Rokan pada asalnya bercadang untuk menjalankan program pertandingan boling 4 penjuru antara Belia Kg Tenai/Air Gelugor, Belia Kg Sg Dua serta Belia Felda Bukit Rokan Utara, tetapi Pusat Boling telah di tempah oleh Dato' Shah Bandar, justeru bagi menyambut juga hari belia yang jatuh pada hari ahad, maka berlangsungnya pertandingan karaoke tertutup serta persembahan dari ASPS Cwg Kg Btg Rokan sahaja.
Sebahagian peserta yang terlibat
kehadiran ibu sebagai peransang.
Juri2 yang berpengalaman dalam lain2 bidang.
Antara peserta yang bertanding dan layak ke peringkat Akhir, dan inilah beliawanis yang menjadi Naib Johan
Persembahan ASPS @ Gempur kosong
Gempur bersenjata
Persembahan Api
Kehebatan ASPS dalam persembahan api

Sdr Suhaimizan Pengerusi Belia Remaja Kawasan Tampin menyampaikan hadiah kepada Johan
Menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi JKKK serta Ketua UMNO Cawangan
Kenangan bersama yang terlibat serta Pengerusi JKKK dengan peserta2.
Program yg julung kali di buat ini amat menarik minat belia2 serta berjaya membawa mereka tampil kehadapan,berani serta berkeyakinan. berkemungkinan selepas ini belia akan mengadakan program pertandingan Indoor game pula. dan banyak lagi cadangan program namun semua bergantung pada dana dan masa yang sesuai..