SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, April 14, 2010

Mendengar Permasalahan Penduduk Daerah Tampin Di Kg Btg Rokan


Pada 13hb April 2010 jam 3.00 petang ( selasa ) satu pertemuan penduduk Kg di Balai Raya Kg Btg Rokan bersama ketua2 jabatan serta wakilk2 jabatan dalam Daerah Tampin iaitu wakil dari Jabatan Pertanian, Rela, Sains, Felcra, Jabatan Kebajikan Masyarakat, TNB, Veterinar, Majlis Daerah Tampin, JKR dan lain2 serta Penghulu Mukim Gemencheh, Tuan Zainal B Ariffin.


Program Mendengar Permasalahan Rakyat Daerah Tampin yang membabitkan permasalahan penduduk Kg dengan semua jabatan adalah julung2 kali di adakan oleh Pentadbir Daerah. Walaupun Pegawai Daerah Tuan Hj Razali B Bakar tidak hadir, namun semangat juang wakil2 dari semua jabatan telah memberi komitmen yang tinggi, lebih2 lagi wakil beliau yang mempengerusikan program ini iaitu Tn Anirwan Fauzee B Mohd Aini Ketua Penolong Pegawai Daerah Tampin serta barisan Ajk beliau.



Warga kampung mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pertemuan ini,Program ini juga dapat menjalin dan mengeratkan silaturrahim dan membina hubungan persaudaraan di antara semua yang terlibat bahkan sekaligus memperluas pengalaman dan memperkayakan pengetahuan kita semua.



Program ini juga adalah hasil dari sumbang bakti yang kerajaan kita lakukan dalam usaha memaju dan membangunkan prasarana perkhidmatan bagi pihak jabatan masing2. inilah juga program yang terbaik iaitu semua perkara berkaitan kelemahan kedua2 pihak atau prasangka mana2 jabatan dapat diselesaikan secara begini. Namun kawasan luar Bandar tidak akan memperlihatkan kemajuan kejayaan sekiranya tidak mendapat sokongan dari penyertaan rakyat di peringkat akar umbi.

Kami pihak JKKK Kg Btg Rokan memohon maaf sekiranya berlaku silap dan salah sepanjang mengendalikan Majlis dan tak lupa kepada Penghulu Mukim Gemencheh yang setia bersama sejak awal Majlis sehingga selesai dan tunjuk ajar yang beliau berikan kepada w.k..

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama15 April, 2010

    Salam,
    Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program seperti itu.
    TETAPI,
    Adakah ianya benar2 mencapai apa yang diinginkan?
    Atau sekadar untuk memenuhi AGENDA TAHUNAN?
    Kenapa wakil sahaja yang datang?

    Segala isu dan permasalahan hanya sekadar sampai dipintu dewanlah gamaknya. @#$%^&*

    BalasPadam