SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, April 14, 2010

Kejohanan Pencak Silat Piala Ahli Parlimen 2010

Satu Kejohanan Pencak Silat Piala Ahli Parlimen Tampin yang telah diadakan pada 18 Mac 2010 bertempat di MRSM Gemencheh.Kejohanan anjuran bersama Akademi Sukan Pencak Silat UMNO Bahagian Tampin,JASA Negeri Sembilan,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin,Gerakan Belia 4B Tampin,Pesaka Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negara dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin diadakan secara sederhana dan telah berjaya menarik perhatian YB Dato' Shaziman b Hj Abu Mansor merangkap Menteri Kerja Raya Malaysia, Adun Gemencheh YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz dan beberapa Ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia dan rombongan Belia 4B diikuti dengan majlis menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin .....Persediaan bermula dengan mesyuarat AJK kerja dan pembentangan kertas kerja... yang telah dipengerusikan oleh Saudara Mohd Isam b Mohd Isa selaku Penasihat Kejohanan Pencak Silat kali ini..
sebahagian ajk program tersebut adalah Ahli Gerakan Belia 4B Kampung Batang Rokan, syabas w.k ucapkan atas usaha anda semua untuk bersama menjayakan program tersebut.

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama20 April, 2010

    AKADEMI SUKAN PENCAK SILAT
    merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada rakan rakan ahli KELAB SUKAN PENCAK SILAT KG BATANG ROKAN bersama menjayakan Kejohanan Pencak Silat Ahli Parlimen Tampin baru baru ini.Semoga ini sebagai permulaan ukhwah sahabat dan diharapkan terus terjalin didalam program program persilatan dimasa akan datang.
    Ikhlas dari Keris Merah.

    BalasPadam