Pada 10hb 04 2010 lebih kurang jam 12.10 minit tengahari satu panggilan ke Klinik Kesihatan Gemencheh telah di buat oleh remaja kg dan memaklumkan seorang warga emas berumur 86 tahun telah pengsan dan memerlukan ambulan untuk di bawa ke klinik berhampiran.
Amat DUKACITA nya pihak warga kampung akan jawapan yang diberi. " sila hubungi pihak Hospital Tampin ". Jelas keperihatinan pihak Klinik Kesihatan Gemencheh mungkin mengikut komitmen tatacara kerja.
Panggilan terus ke Hospital Tampin telah di buat dan Ambulan tiba pada jam 01.05 minit. Walaupun warga kampung kecewa atas kelewatan masa, namun Ucapan terima kasih secara terbuka harus di ajukan kepada Pihak Hospital Tampin. Semangat juang begini harus dipupuk demi menjaga Kerjaya yang beramanah tinggi.
JKKK Kg Btg Rokan mengucapkan Terima Kasih kepada Pihak Hospital Tampin yang bertindak pantas membantu, lebih2 lagi pesakit adalah warga emas. Segala kebajikan yang anda lakukan akan mendapat hidayah di dunia dan akhirat.. Insyaallah... Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan