SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, April 22, 2010

Mesyuarat persiapan program Juara Rakyat

Pada 21hb April 2010 jam 3.00 petang satu mesyuarat khas untuk membincang persiapan akhir program Juara Rakyat pada 26hb ni. Program julung2 kali penyampaian Geran Hak milik Rumah Rakyat Kg Btg Rokan, serta sumbangan untuk OKU, ibu tunggal dan warga emas termasuk juga penyerahan dividen PPRT kepada peserta yang akan di sempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohammad B Hj Hassan Mneteri Besar Negeri Sembilan. Segala atur cara telah di halusi secara terperinci dan mengharapkan komitmen kepada semua jentera.

seisi perbincangan YB bersama ajk terlibat.

Setelah pemantauan dan perbincangan demi perbincangan, atur cara program akan di laksanakan di padang Sekolah Rokan setelah perancangan pertama di cadangkan berhadapan balai raya dan padang kg. Sebagai tuan rumah, segala persiapan akan di pergiatkan lagi untuk melancarkan urusan pentadbiran program agar terlaksana dengan jayanya.. Terima Kasih kpd YB yang telah memberi penerangan terperinci akan tentatif program tersebut. dan bagi pihak warga kampung walau di mana jua program diadakan segala persiapan dan aturcara harus di laksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan