SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Oktober 12, 2010

ASPS tempah laluan ke Kejuaraan Pencak Silat

14hb-17hb 10 2010 adalah tarikh yang di nanti2kan oleh pelatih2 Akedemi Sukan Pencak Silat Gemencheh untuk menyertai kejuaraan Pencak Silat Negeri Sembilan Di Komplek Sukan Negeri, Seremban 2...
Akademi Sukan Pencak Silat di bawah Pertubuhan Seni Silat Chemandee Mega Malam Negeri Sembilan/ Melaka. ASPS telah di asas oleh Sdr Zulkarnain B Hj Ujang serta Mohd Nazri B Hashim pada awal tahun 1993 hingga sekarang.
YB Dato' Shaziman adalah penaung bagi Pertubuhan ini yang mana ASPS telah pun mempunyai 10 gelanggang di sekitar Gemencheh.
Kelihatan pesilat giat berlatih di balai raya Kg Btg Rokan sebagai persiapan untuk menghantar sepasukan pesilat Remaja dan Dewasa ke kejuaraan Pencak Silat NS.
AJK ASPS Gemencheh sentiasa bersama untuk memberi semangat buat pelatih2 yg akan bertanding nanti. Banyak program yg telah di rancang oleh ASPS sepanjang tahun untuk Belia2 sekitar Gemencheh mahupun daerah Tampin. Belia4b Kawasan juga sering tidak terkecuali akan bersama dengan ASPS dlm menjayakan apa jua program berjadual...

Selain dari Silat, ASPS juga membuka gelanggang Muay Thai yg di kendalikan oleh Jurulatih Tinju Siam yang berpengalaman. Pada sesiapa yang berada sekitar Tampin amat di galakan untuk bersama mempertahankan Warisan nenek moyang kita ini.
Hubungi Exco kami Sdr Rozaimi = 017 6657587 ( Cwg Kg Btg Rokan )

ASPS tempah laluan ke Kejuaraan Pencak Silat

GEMENCHEH – Akademi Sukan Pencak Silat (ASPS) ditubuhkan pada 1993, kini giat menjalankan sesi pemilihan peserta untuk mewakili dan menempah laluan akademi berkenaan sempena Kejuaraan Pencak Silat Negeri Sembilan 14 hingga 17 Oktober ini.

ASPS adalah rangkaian pertubuhan Seni Silat Chemandee Mega Malam Negeri Sembilan/Melaka dan kini dalam proses pendaftaran di bawah Suruhanjaya Sukan Malaysia untuk diiktiraf ke peringkat lebih tinggi.

Exco ASPS Cawangan Batang Rokan, Mohd Rozaimi Mohd Zaini berkata, menerusi kejuaraan peringkat negeri itu, seramai 20 pesilat bakal dipilih untuk diberikan amanah membawa nama ASPS di bawah pimpinan jurulatih, Zainal Abbas.

“Sejajar dengan persiapan kejuaraan berkenaan, kita giat melaksanakan sesi pemilihan pada waktu malam dan untuk pesilat terpilih mereka bakal menjalani Kursus Manual Kejurulatihan Silat Olahraga Peringkat Kebangsaan Tahap 1 selewat-lewatnya Disember 2010 ini di Dewan Majlis Daerah Tampin (MDT).

“Kursus bakal dijalani pesilat terpilih ASPS ini adalah kerjasama antara Majlis Sukan Negeri dan Pesaka serta Pertubuhan Seni Silat Tanah Baru Seremban,” katanya.

Rekod ASPS kini mempunyai 2,735 ahli dan mempunyai sepuluh gelanggang aktif sekitar Daerah Tampin.

ASPS diasaskan Zulkarnain Ujang dan Mohd Nazri Hashim serta dinaungi Ahli Parlimen Tampin, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Sementara itu, Mohd Rozaimi juga Exco ASPS Cawangan Batang Rokan bersama Mohd Jefri Ismail berkata, dia berharap pesilat terpilih dapat mengharumkan nama ASPS untuk kebaikan bersama.

“Kita mahu masyarakat menyayangi seni mempertahankan diri ini kerana silat adalah sebahagian daripada jati diri masyarakat Melayu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan