SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Ahad, Februari 21, 2010

Sumbangan Ikhlas


Sumbangan Ikhlas En Affandi memberikan 2 Unit Lampu Limpah kepada Gerakan Belia Kampung Batang Rokan amat dihargai. 2 unit lampu limpah tersebut pernah digunakan oleh beliau, namun setelah agak lama tidak dipakai, beliau dengan ikhlas nya memberikan kepada Gerakan Belia Kampung untuk menggunakannya.

Dengan adanya lampu tersebut dapatlah gerakan belia menggunakan di padang permainan yang sememangnya tiada lampu. kemudahan tersebut juga amat di hargai oleh saudara Md Jefri selaku pengerusi Akademi Sukan Pencak Silat Kampung Batang Rokan. Di maklumkan bahawa malam ini 21hb 02.2010 bersamaan hari ahad, beliau bercadang mengadakan Taklimat Pembukaan Gelanggang.
 secara tidak langsung beliau dan ahli2 persatuan Pencak silat dapat bersma menggunakan Lampu tersebut untuk kemudahan latihan malam.

 

  

  
En Affandi menunjukan lampu kepada ahli belia kg


  
Sdr Md Jefri bersama untuk memindahkan lampu limpah ke padang permainan.

  
En Affandi membantu belia2 kampung memindahkan lampu.

w.k amat tertarik dengan sikap semangat masyarakat yang melambangkan perpaduan kejiranan. Bangga rasanya w.k kerana mempunyai penduduk kampung yang mempunyai sikap mengambil berat terhadap belia2 kg. Ini juga sebagai langkah yang menggalakan belia ke arah kebaikan dan tidak leka dengan arus zaman.

pihak JKKK kampung mengucapkan Terima Kasih atas sumbangan tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan