kepada semua pengunjung mahupun penduduk asal Kampung Batang Rokan, w.k perlukan bantuan anda semua.. pada tahun 2010 ini hanya tinggal 4 orang sahaja penduduk kampung yang berumur 84 ke atas, jelas di raut wajah mereka akan kekeliruan tentang sejarah pembukaan Kampung ini. Ini bermakna pada tahun 1920 Kampung ini telah didiami oleh segelintir masyarakat yang telah meneroka Kampung ini samada secara persendirian ataupun berkumpulan. Jadi kepada sesiapa yang mengetahui akan sejarah Kampung kita ini boleh la e-mail ke kgbtgrokan@yahoo.com
kami pihak JKKK memerlukan sejarah ini agar pelapis akan datang tahu sejarah Kampung yang hampir pupus ini. Mengikut sebahagian kisah ada yang menyatakan kisah supai orang kaya, kisah Dato panglima garang, penghulu Dato perdana. Dan kisah kunjungan Dato jelawai. Dan adakah benar Rokan di ambil dari sejenis binatang bernama Dokan. Sekitar tahun 1985-1990 masih ada lagi binatang Dokan seperti tikus mondok dengan ekor dan muncung yang panjang. Aktif pada waktu malam. Kini binatang tersebut mungkin telah pupus.
w.k harap kerjasama anda semua.. Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan