Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi.12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Sempena menyambut Maulidurrasul 1431H, pihak masjid mengadakan seisi ceramah yang berteraskan kisah, ciri-ciri kepimpinan serta sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Uztaz Kamarudin B Abdullah
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Segala apa yang di sampaikan akan terus disemat di dalam jiwa para pendengar dan di ikuti sepanjang zaman.
Tok Imam Kg Btg Rokan iaitu Tn Zulkifli B Nayan amat berterima kasih atas segala maklumat dan ceramah yang telah disampaikan. Dan terima kasih pada masyarakat yang hadir mlm tersebut, walaupun hujan turun..
kita semua akan berjumpa pada 6hb ini di sungai dua..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan