Pada 18hb 02 2010 jam 2.30 petang, berlangsungnya mesyuarat JKKK Kampung Batang Rokan bersama dengan wakil-wakil jabatan kerajaan. Dalam sejarah juga mesyuarat ini berlangsung hingga jam 6.15 petang. Walaupun pihak AJK JKKK mahupun wakil jabatan terbabit tidak mendapat imbuhan lebih masa, namun semangat dan tanggungjawab menjadi faktor utama untuk menjayakan perbincangan dalam mesyuarat tersebut.
Pihak JKKK mengucapkan terima kasih atas kesudian Penghulu Mukim Gemencheh Tn Zainal B Ariffin.
En Anuar Bin Ali Penyelia Pembangunan Desa dan KEMAS DUN Gemencheh, Kpl Mohd Yunus B Hamir wakil Balai Polis Gemencheh dan Pn Norazizah Bt Md Yusof wakil dari Jabatan Pertanian Daerah Tampin..
Terlalu banyak perkara yang di bincang bersama untuk keselamatan dan perpaduan masyarakat Kampung. Yang di utamakan adalah rangka NKRA yang harus di fahami, permasalahan penduduk dan program2 yang akan di laksanakan.
Terima kasih kepada semua Ajk JKKK dan wakil jabatan yang sudi hadir dan sama2 memerah otak demi semua...
Pihak JKKK akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan demi penduduk kampung, namun penduduk harus juga bersatu dalam apa juga matlamat JKKK yang di rancangkan..
x do gambar pasal ini rundingan rahsio.. hehehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan