Sumbangan Anak Jati Kampung
Sumbangan bunga yang di beri oleh abg Kudin sebagai tanda beliau adalah anak jati Kampung Batang Rokan. Beliau sering bersama untuk mengindahkan Kampung ini, dan kerap memberi pandangan dan Idea agar Kampung ini akan bertambah ceria.
merancang sebelum menanam.
seisi menyusun
seisi memindah
pokok pertama yang ditanam oleh barisan AJK JKKK.
Belia dan warga kampung bertungkus lumus menanam pokok bunga di sekitar mercu tanda.
seisi beristirehat
kisah gotong royong membersih sekitar kawasan, serta membina tembok sekitar mercu tanda telah w.k paparkan. Hari ni pada 27hb 02 2010 sekali lagi w.k paparkan kisah gotong royong. Peristiwa yang berlaku adalah merupakan atas keikhlasan penyumbang pokok bunga serta sanggup bersama menanam bunga tersebut.
w.k paparkan kisah anak jati ini, walaupun beliau tinggal di bandar namun masih dapat meluangkan masa dan tenaga bersama berpanas terik dengan warga kampung untuk melihat perubahan demi perubahan di dalam kampung ini.
JKKK, UMNO, Gerakan Belia dan Warga Kampung mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Abg Kudin ( Datuk Nasarudin ) di atas sumbangan yang diberikan. Semoga Allah jualah yang dapat membalas atas jasa baik dan sumbangan yang beliau berikan.
Semoga Allah memudahkan segala urusan Abg Kudin semasa dan akan mendatang...
Insyaallah.. Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan