SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, September 07, 2010

Skuad Cakna Menyinari Harapan

Paparan demi paparan kisah Sdr Roslan B Md Akhir ni w.k nyatakan dalam FB dan Blog ini, Namun atas jasa wartawan yang hadir pada 24/08/2010 kelmarin membantu usaha pelbagai pihak agar Sdr Roslan ini mencapai hajatnya untuk Meraikan Aidilfitri dengan bekalan Air di rumah nya sendiri.

Pada hari ini 06/09/2010 jam 12.00 tengahari kehadiran wartawan Skuad Cakna dan RTM1 sekadar membuat liputan akan menyaksikan sendiri masalah rakyat secara dekat. Pendedahan yang di buat pada Media bukan lah cara yang terbaik tapi mungkin itu sahaja peluang tuan rumah untuk meluahkan perasaan beliau sekeluarga.
Semenjak beliau berpindah ke rumah tersebut, beliau berulang alik ke pekan gemencheh menaiki motorsikal untuk memunggah air di dalam tong sebagai gunaan harian beliau 5 sekeluarga. atas jasa baik jiran yang berhampiran, Sdr Roslan terpaksa membeli 2 gulung poly paip untuk mendapat bekalan air bersih dari rumah jiran tersebut untuk sementara sahaja.
Rumah baru yang di bina ini sebenarnya terletak jauh dari paip utama dalam kawasan Kampung. Ini lah punca sebenar yang terjadi menyebabkan banyak pihak tidak dapat melaksanakan kerja2 pemasangan tersebut yang melibatkan kos ribuan ringgit.
Ini dia meter baru.....
YB melihat bekalan air paip bersih telah sampai ke rumah Sdr Roslan
YB hadir bersama Tn Zainal ( penghulu mukim ) beramah mesra bersama Roslan Sekeluarga.
Dalam sesi temubual antara wartawan dengan YB Dato.
Temubual wartawan dengan Pengerusi JKKK

Kehadiran YB Dato' Mohd Kamil, Penghulu Mukim Tn Zainal Arifin, Suria Murni ( wakil majlis daerah ), Ramli ( wakil SAINS ) serta wartawan skuad cakna kawasan Tampin Nor Ainna, Cikgu Jaafar ( BH @ Metro ) dan wartawan TV1 yang sudi hadir ke Kg Btg Rokan.

w.k di maklumkan bahawa segala kos di salurkan Oleh YB Dato Seri Utama Hj Mohamad B Hj Hassan yang hampir mencecah RM10k. Itulah Jasa kerajaan buat rakyatnya. untuk satu keluarga kerajaan menghabiskan kos yang tinggi. Jadi ingatlah pada yang menerima dan bersyukur atas apa yang di kurniakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan