Ibadah korban pada tahun ini di sambut baik serta mendapat kesepakatan dalam menjayakan kewajipan tersebut. Sebanyak 5 ekor lembu di korban kan pada tahun 2012 ini. Di laksanakan pada hari sabtu seawal jam 8.30 pagi di perkarangan Masjid Kg Btg Rokan pada hari raya ke dua.
proses penyembelihan
proses menimbang dll.
Tenaga yang di hulurkan seikhlas jiwa dalam menghayati ibadah korban akan mendapat hidayahNya. Moga perpaduan ummah yang di kecapi ini akan berlangsung selamanya.
Ceramah agama sempena Maulidur Rasul bagi Kampung Batang Rokan telah pun berlangsung pada 23.02.2011 rabu malam bermula seawal 7.20 mlm. 2 Hari sebelum berlangsungnya Ceramah Perdana DUN Gemencheh di Masjid As-Syakirin. Di mulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan terus pada agenda ceramah yang berkaitan kisah Nabi Muhammad S.A.W
Alhamdulillah.. sambutan amat menggalakan dan porgram berakhir pada lewat jam 10.30. dimana, selepas solat Isyak berjemaah, jamuan makan malam, di hidangkan dengan pelbagai juadah yang di bawa oleh penduduk dari rumah masing2.
Satu program ceramah yang telah di rancang dengan teliti akhirnya berjaya di laksanakan pada 28/12/2010 Selasa malam rabu yang melibatkan semua pertubuhan dalam Kg serta Pihak Felcra Pondoi
Penceramah Ust Mohd Yusof B Tahir(KADI DAERAH REMBAU)
dan Nazir Kg Btg Rokan Zainal B Abd Wahid
Kehadiran warga kampung serta tetamu amat menggalakan.
Di jangka lebih 150 orang terlibat dalam menjayakan program ceramah bagi seisi akhir tahun 2010 ini. nantikan program2 masjid yang di rancang menyusul tahun hadapan..
Segala kewajipan sebagai umat untuk membimbing umat2 yang lain agar terus bersatu dan bertakwa akan terus di perjuangkan.
Satu program Ceramah Agama berkaitan Zakat di adakan di Masjid Kg Btg Rokan pada 25/11/2010 khamis malam jumaat bermula seawal jam 6.30 petang. Di susuli dengan solat maghrib berjemaah hingga solat isyak berjemaah. Pelbagai isu di kupas berkaitan perkara Fardhu dan Wajib tentang Islam dan Zakat termasuk Fidyah.
Ust Zamru Bin Syamsudin
Kehadiran ahli kariah amat memberansangkan,
w.k mengucapkan terima kasih atas kerjasama dari semua pertubuhan dalam kg serta Pihak Jabatan iaitu dari Pusat Zakat Negeri Sembilan.
alhamdulilah, bulan 12 insyallah akan ada satu lagi program ceramah agama ( insyaallah )
Mengikut Takwin masjid, setiap malam jumaat mengadakan majlis bacaan yassin. dan ini lah gambaran majlis yang berjalan lancar dan mendapat sambutan yang agak baik. walaupun di akui sambutan kadang2 bermusim, namun barisan pentadbiran akan sentiasa berusaha untuk terus memupuk semangat dan iltizam agar majlis begini akan mencuri hati penduduk kampung
hujan lebat turun pada lewat petang tersebut, dan secara tidak langsung aduan tentang masjid bocor yang dalam proses baik pulih tetap akan di paparkan sebagai bukti keadaan sebenar.
syiling yang telah reput dan lantai yang basah
hakisan syiling serta cat2 yang gugur akibat hujan
sekadar tatapan umum dan masalah ini sedang dalam proses untuk di baik pulih, kontraktor yang terlibat telah menilai kos kerja dan segala aspek yang perlu di perbaiki.
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi.12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Sempena menyambut Maulidurrasul 1431H, pihak masjid mengadakan seisi ceramah yang berteraskan kisah, ciri-ciri kepimpinan serta sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Uztaz Kamarudin B Abdullah
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Segala apa yang di sampaikan akan terus disemat di dalam jiwa para pendengar dan di ikuti sepanjang zaman.
Tok Imam Kg Btg Rokan iaitu Tn Zulkifli B Nayan amat berterima kasih atas segala maklumat dan ceramah yang telah disampaikan. Dan terima kasih pada masyarakat yang hadir mlm tersebut, walaupun hujan turun..
kita semua akan berjumpa pada 6hb ini di sungai dua..