SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, Mei 05, 2010

Mesyuarat..... Mesyuarat....

Mesyuarat Bulanan Pengerusi JKKK Dun Gemencheh


Pada 03.05.10, perjumpaan dan mesyuarat bulanan Pengerusi JKKK dalam Dun Gemencheh bersama Adun Y.B Dato' Mohd Kamil telah berlangsung di pekarangan rumah Pengerusi JKKK Ulu Rokan iaitu Tok Rashid. Perjumpaan bulanan ini melibatkan pelbagai agenda dalam semua pentadbiran masing2. Permasalahan masyarakat di utamakan setiap kali program ini berlaku.

Secara tidak langsung Y.B turut menyampaikan baki sumbangan seunit komputer peribadi kepada Pengerusi JKKK yang belum menerima selepas fasa pertama di agihkan pada bulan lepas di rumah Pengerusi JKKK Btg Rokan.  Y.B mengharapkan agar di gunakan kemudahan tersebut dengan tujuan pentadbiran JKKK masing2 serta mengalakan semua JKKK di bawah Adun Gemencheh mewujudkan Blog masing2.

PERJUMPAAN AKAN DATANG DI RUMAH PENGERUSI JKKK SUNGAI JERNIH.

Mesyuarat Pertandingan Keceriaan Kampung
Program Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang


Pada 05.05.2010 jam 9.00 pagi, satu mesyuarat khas untuk program Pertandingan Keceriaan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Dun telah berlangsung. Bermulanya hari ini semua JKKK kampung Dalam Dun terlibat dalam menjayakan Keceriaan pelbagai presepsi dan sudut harus dilaksanakan.

Semua JKKK menyahut baik akan program ini, secara tidak langsung konsep mesra alam sekitar, bumi hijau mahupun program menanam sejuta pokok terjalin akrab dalam pentadbiran masing2.
Program Bersama Pemimpin Komuniti

Pada Hari ini juga jam 2.00 petang, Semua pengerusi JKKK di minta hadir bersama ke Dewan Sri Gemencheh untuk menyampaikan permasalahan dalam kampung kepada Pemimpin mahupun Jabatan yang terlibat. hari ini permasalahan dan seisi dialog hanya di usulkan kepada pihak TNB sahaja.
Segala aduan permasalahan akan secara terus di sampaikan kepada pihak penganjur yang terlibat.


1 ulasan:

  1. ni deyen nak bagi tau sikit, pado semuo tok kotuo,segalo permasalahan orang ghamai kono copek solosaiyan.
    dapek ko tak dapek lain corito yang ponting setel!
    janganlah asyik musarat yo, tapi hampeh!
    orang ghamai kok naik moyampah!

    BalasPadam