SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, Mei 21, 2010

Yang Berat Sama Di Pikul....

Pada 21hb 05.2010 tepat jam 12.20 tengahari w.k terima panggilan talipon , bergegas w.k ke lokasi yang di nyatakan, ingatkan w.k yang pertama. Rupanya lagi ramai dan pantas sebelum w.k sampai.. Begitu lah cekapnya peranan pemuda kg btg rokan apabila menerima sebarang permasalahan dalam kg ini. Kejadian yang di maksudkan ialah sebatang pokok tumbang dan menghalang keseluruhan jalan menghala ke Felda Bukit Rokan.

Apabila w.k sampai cantasan dahan pokok telah di lakukan oleh pemuda2 kg agar memudahkan kenderaan kecil melepasi halangan tersebut.

jam 12.45 pihak selia selenggara dari Gemencheh tiba membantu memotong dahan2 agar mudah di ketepikan, agak besar juga pokok ni.

Jam 12.55 segalanya selesai.. x sangka juga... atas usaha semua pihak yang berat tetap akan jadi ringan. Bakti tenaga yang semua pihak hulurkan amat di hargai. Kegigihan dan kemuafakatan begini harus di pupuk ke generasi akan datang.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Namun semua akan jadi ringan atas kesefahaman dan ikhlas dalam memperjuangkan yang Fardhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan