SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Mei 17, 2010

Lawatan Tapak....

Satu serbuan rombongan kontraktor dan Pegawai Felcra untuk melawat tapak telah berlangsung di Kg Btg Rokan pada 17 Mei 2010 jam 10.30 pagi. Rombongan bersama dengan pengerusi JKKK Kg Btg Rokan untuk melihat keseluruhan kawasan tanah kg yang telah terlibat dengan program tersebut. Seluas 45 Hektar kawasan yang terbiar di sekitar Kg Btg Rokan, Kg Ulu Rokan dan Kg Tengah. 2 kampung tersebut telah dimasukan dalam kelompok Kg Btg Rokan.

membincang dan menunjukan lokasi di dalam peta.

sebahagian kontraktor yang datang melawat tapak.

Pihak JKKK tidak mengharap atau memilih atau mencadangkan mana2 kontraktor yang terlibat dalam tender tersebut, apa yang di harapkan ialah semua projek pemulihan akan menjadi kenyataan dan mampu mengubah ekonomi pemilik tanah selepas hasil di keluarkan nanti, w.k akan sentiasa memaparkan kisah2 selepas ini. untuk pengetahuan umum serta masyarakat akan program kerajaan yang akan menjana ekonomi penduduk setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan