SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Mei 20, 2010

Mesyuarat Pertandingan Keceriaan Di Kg Tenai..

Mesyuarat Pertandingan Keceriaan Kampung Kawasan Dun Gemencheh kali ke dua telah berlangsung pada 19hb 05.2010 pada jam 2.30 petang. Di pengerusikan oleh Pengerusi JKKK Kg Tenai En Baharuddin B Ab Rashid merangkap pengerusi pertandingan keceriaan, En Anuar B Ali Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan KEMAS Dun Gemencheh serta Cik Darishawati dari PDT Daerah dan semua pengerusi JKKK dalam Dun Gemencheh.

Kg Btg Rokan tidak terkecuali dalam jemputan mesyuarat tersebut, Banyak perkara rumit yang telah di jelaskan secara terperinci oleh Pengerusi, di mana berlaku salah faham yang sebelum ini dapat di selesaikan. Semua pengerusi JKKK menyahut cabaran ini, lebih2 lagi 8 dari 10 kampung tradisi yang belum pernah masuk pertandingan.

 
Peruntukan hadiah yang di beri oleh Y.B adalah sebagai satu semangat kepada semua pengerusi menjalankan kegiatan2 di kg masing2. 3 kategori di bahagikan iaitu kampung tradisional, kampung dalam bandar dan Felda. Bermula dari 16 06 2010 hingga 16 09 2010. satu cabaran yang begitu padu buat semua pengerusi semua kg menjalankan kewajipan nya dalam tempoh 3 bulan tersebut. Harapan Tok Baharuddin adalah, ini merupakan satu perjalanan atau langkah baru untuk semua pengerusi JKKK serta ajk JKKK mengorak langkah ke satu industri keceriaan dalam kampung masing2. keyakinan begitu kuat akan mengubah infrastruktur dan kesefahaman dalam kampung masing2.

Dan semoga maju jaya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan