SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Ahad, Februari 28, 2010

Keceriaan Fasa Pertama

Sumbangan Anak Jati Kampung

Sumbangan bunga yang di beri oleh abg Kudin sebagai tanda beliau adalah anak jati Kampung Batang Rokan. Beliau sering bersama untuk mengindahkan Kampung ini, dan kerap memberi pandangan dan Idea agar Kampung ini akan bertambah ceria.

 
 merancang sebelum menanam.

  
 seisi menyusun

  


  
 seisi memindah
 
  
 pokok pertama yang ditanam oleh barisan AJK JKKK.

  
 Belia dan warga kampung bertungkus lumus menanam pokok bunga di sekitar mercu tanda.

  
 seisi beristirehat

 kisah gotong royong membersih sekitar kawasan, serta membina tembok sekitar mercu tanda telah w.k paparkan. Hari ni pada 27hb 02 2010 sekali lagi w.k paparkan kisah gotong royong. Peristiwa yang berlaku adalah merupakan atas keikhlasan penyumbang pokok bunga serta sanggup bersama menanam bunga tersebut.

w.k paparkan kisah anak jati ini, walaupun beliau tinggal di bandar namun masih dapat meluangkan masa dan tenaga bersama berpanas terik dengan warga kampung untuk melihat perubahan demi perubahan di dalam kampung ini.

JKKK, UMNO, Gerakan Belia dan Warga Kampung mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Abg Kudin ( Datuk Nasarudin ) di atas sumbangan yang diberikan. Semoga Allah jualah yang dapat membalas atas jasa baik dan sumbangan yang beliau berikan.
Semoga Allah memudahkan segala urusan Abg Kudin semasa dan akan mendatang...
Insyaallah.. Amin..



Sabtu, Februari 27, 2010

Ceramah Maulidurrasul 1431H / 2010

 
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi.12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.



Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Sempena menyambut Maulidurrasul 1431H, pihak masjid mengadakan seisi ceramah yang berteraskan kisah, ciri-ciri kepimpinan serta sunnah Nabi Muhammad s.a.w.


 

  

  

  

  
Uztaz Kamarudin B Abdullah

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Segala apa yang di sampaikan akan terus disemat di dalam jiwa para pendengar dan di ikuti sepanjang zaman.
Tok Imam Kg Btg Rokan iaitu Tn Zulkifli B Nayan amat berterima kasih atas segala maklumat dan ceramah yang telah disampaikan. Dan terima kasih pada masyarakat yang hadir mlm tersebut, walaupun hujan turun..

kita semua akan berjumpa pada 6hb ini di sungai dua..




Jumaat, Februari 26, 2010

Kejayaan Bermuafakat

Bermuafakat dan berpadu tenaga dalam pogram gotong royong belia secara rela selama 4 petang telah membuahkan hasil dan kebanggaan buat penduduk kampung. Gotong royong mengeratkan jiwa di kalangan belia kg dan pelapis2.

 
 Foto asal sekitar mercu tanda

  
 Hari pertama pecah tanah.
 

  


  



  


  


  


  


  

  
 Inilah hasil kejayaan sepakat oleh belia2 kg. 

w.k amat bangga dengan kudrat ikhlas yang telah di usahakan oleh belia2 kg. walaupun mengambil masa berhari2, namun semangat sayangkan kg membuatkan mereka tidak mengeluh kesah. Kejayaan selepas semua selesai tidak dapat digambarkan. Konsep gotong royong akan terus di jajah dalam hati sanubari belia2 kampung ini. 

w.k mengucapkan syukur alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga atas kerjasama yang diberi oleh semua pihak. Terima Kasih atas sumbangan Batu bata dari penduduk kg serta peralatan yang diberi guna pakai.







Rabu, Februari 24, 2010

Kerjasama Telekom

Terima Kasih atas kesungguhan Telekom Malaysia Daerah Tampin yang cepat membantu pihak JKKK menyelesaikan masalah penduduk. Aduan dari penduduk yang di terima oleh JKKK kerana tiang kayu Telekom ini telah reput pada pangkal dan di khuatiri akan tumbang.

Tindakan pantas Telekom amat di hargai. Terima Kasih banyak2 dari penduduk taman di Blok C dan D atas keperihatinan Telekom.

 

kayu lama telah di ganti dengan tiang simen

  


 


 

 Syabas dari pihak JKKK terhadap pihak Telekom atas kerjasama pihaknya dengan segera. Ini langkah terbaik demi penduduk. utamakan masalah dan aduan dan keluhan akan meningkatkan prestasi kaki tangan kerajaan.

Pihak JKKK juga mengalu-alukan agar pihak Telekom dapat menyediakan Liputan Stremxy pula selepas ini.

Terima Kasih..
23hb 02.2010