SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Memaparkan catatan dengan label Perhilitan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perhilitan. Papar semua catatan

Isnin, Disember 13, 2010

Perhilitan menjejak tapak..

Jam 12.45, isnin, 13/12/2010. JKKK menerima lawatan dari Perhilitan Gemas untuk menjejak dan mengenal pasti tapak binatang yang di syaki Harimau.. Hujan yang turun pada jam 10.00 tadi menyukarkan pihak perhilitan mengenal pasti tapak kaki ataupun tanda2 bahawa binatang itu benar2 ada di kawasan tersebut. Memandangkan kawasan sekeliling terang,
kawasan berlumpur dan bertakung juga menyukarkan pihak perhilitan untuk mengesan jejak tersebut, En Sobri memaklumkan akan cuba mendapatkan jebak jika tidak di gunakan untuk mencuba kaedah perangkap jika ada lagi tanda2 baru yang dapat mengesahkan bahawa binatang itu adalah Harimau..
Terima kasih kepada En Sobri yang sudi turun padang memantau permasalahan penduduk kampung ini.

Ahad, Disember 12, 2010

Harimau Di Kampung Batang Rokan ???

-->
Ahad..12/12/2010 menjadi satu sejarah buat warga Kampung Batang Rokan, apabila di gemparkan dengan satu kejadian berulang, walaupun telah lama kini ia mungkin muncul kembali apabila seorang penoreh getah berbangsa India (perempuan) berusia dalam lingkungan 40an telah terserempak dengan seekor binatang hitam, berekor panjang dan berkaki empat dan di saksikan juga oleh sdr Zulkarnain Bin Bidol di satu lot pinggir Kg Btg Rokan menghala ke Felda Bukit Rokan. Seawal jam 8.30 pagi w.k menerima panggilan dari Sdr Zulkiplie Bin Ahmad yang menyatakan bahawa jiran kebun dia terserempak binatang berwarna hitam.

Menurut En Jamaludin ( Pengerusi JKKK ) menyatakan bahawa berkemungkinan binatang yang di syaki seekor Harimau Akar datang dari bukit tinggi.. Bukit tinggi adalah persempadanan Kg Btg Rokan, Ulu Rokan dan Felda Bukit Rokan. Di mana kawasan bukit yang telah di teroka dengan penebangan kayu jaras.

Foto x jelas ambil dari tipon rakan2 yg berada di tempat kejadian
Pengerusi JKKK terlibat dalam kejadian ni. Zulkarnain (kanan sekali)

-->
Adakah benar ia seekor Harimau Akar ? Harimau Kumbang ? Harimau Dahan dan sebagainya,

-->
Tapak kaki yang di kesan di kawasan belukar dalam lot getah. Adakah ini membuktikan bahawa binatang tersebut benar2 ada?.. namun hakikatnya.. semua pekebun2 penoreh2 getah harus mengambil langkah berhati2..

Rabu, Mei 19, 2010

Program Membasmi Musuh Tanaman

Satu program membasmi musuh tanaman julung-julung kali di adakan dalam Dun Gemencheh pada 18hb Mei 2010 di Kampung Batang Rokan. Antara Jabatan Kerajaan yang terlibat ialah Bahagian Keselamatan Pejabat Tanah dan Daerah Tampin, Rela Daerah, Perhilitan Negeri, Majlis Daerah Tampin, Polis Gemencheh serta AJK JKKK dan penduduk kampung.


Taklimat ringkas oleh En Jamaludin ( Pengerusi JKKK ) pada sesi pagi serta En Saidi dan En Sobri untuk memudah dan melancarkan perjalanan operasi dan pembahagian kumpulan. Hampir 40 orang yang telah terlibat bersama dalam operasi ini.



Sekalung Penghargaan Terima Kasih dari YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz kepada semua yang terlibat sama dalam menjayakan program ini. Beliau telah menyatakan akan menyalurkan sumbangan bagi tahun 2011 sebanyak RM3k untuk program yang akan datang, dan beliau juga memaklumkan akan memberi sumbangan RM300 kepada Kampung Sungai Jernih/Air Rawa, Kampung Sri Jelai Sg Dua dan Kampung Pondoi Dun Repah untuk program yang sama. Beliau juga akan menyalurkan sebanyak RM2k kepada Perhilitan Daerah Gemas untuk membina perangkap monyet baru.




Ucapan Terima Kasih Dari Pengerusi JKKK, Ajk JKKK dan penduduk kampung batang rokan kepada terutama YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz, En Abdul Rahman B Unus ( Bahagian Keselamatan Daerah ), En Mohd Saidi B Mohd Sharir ( Pegawai Rela Daerah ), En Sobri B Abd Latif ( Perhilitan Daerah Gemas ), En Abas B Hj Ahmad ( Majlis Daerah Tampin ), En Karim ( OCS Balai Polis Gemencheh ) serta kakitangan jabatan-jabatan yang terlibat sama.

Jumaat, Mac 12, 2010

Kera VS Perhilitan

Pada 3 march 2010 kelmarin pihak Perhilitan telah bekerjasama dengan penduduk kampung memasang perangkap di satu sudut sebuah rumah yang di rahsiakan di sekitar Kg Btg Rokan. Hari ini 09 march 2010, pihak perhilitan sekali lagi memantau perangkap tersebut dan ini lah wajah-wajah penghuni yang terperangkap. keganasan dan kerakusan mangsa tidak akan berakhir di sini sahaja. Usaha seterusnya akan diteruskan sehingga mangsa yang mempunyai bilangan dan kumpulan yang besar akan terus di kurangkan. Kaedah ini sahajalah yang ada keberkesanan dan akan melapangkan jiwa penduduk kampung.
Haru biru penduduk kampung tentang masalah kera yang selama ini di alami, bolehlah menarik nafas lega. Kalau tidak hari-hari menyumpah seranah kepada sang kera kerana mencuri hasil buah-buahan yang belum sempat dirasai oleh tuan nya. begitu juga ternakan ayam yang sering kehilangan telur menyebabkan ayam tidak dapat membiak yang mana tuan empunya mengalami kerugian.

ini lah sebahagian wajah-wajah mangsa yang rakus.

w.k harapkan kerjasama penduduk kampung memantau dan menjaga makanan sebagai umpan di dalam perangkap tersebut. Usaha gigih harus diteruskan agar hasil atau suspek akan terus memasuki perangkap tersebut. Lapangkan pengorbanan masa memantau dan janganlah mengharap kepada pihak perhilitan sahaja.

Terima kasih kepada pihak perhilitan atas jasa dan kerjasama yang dihulurkan.Demi untuk kesejahteraan Kampung.

Khamis, Mac 04, 2010

Kerjasama Perhilitan

Pada 03 March 2010 tepat jam 4.20 petang. Jentera Jabatan Perhilitan telah sampai ke Kg Btg Rokan untuk memantau permasalahan yang telah w.k paparkan kelmarin Kehadiran mereka disambut baik oleh penduduk kampung.

 

  
 berbincang sebelum memasang perangkap

  
 memasang perangkap

  
 
  
 perangkap yang telah siap di pasang.

Terima Kasih atas kerjasama dari Jabatan perhilitan dan penduduk kampung yang membantu memasang perangkap tersebut. pemantauan bersama atas keputusan perbincangan sebulat suara akan di lakukan. 

nanti w.k akan paparkan keberkesanan perangkap tersebut selepas bahan2 daya penarik di gantung di sekitar kawasan tersebut.
ini adalah langkah terbaik dan terawal agar permasalahan dapat diatasi. namun kerjasama amat diperlukan.