SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, Oktober 20, 2010

Chemadee Mega Malam ( ASPS ) gegar Seremban

Link ASPS 
Sedutan dari Blog ASPS.. Terima Kasih Admin..
Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Sembilan baru saja melabuhkan tirai kejohanan petang tadi setelah bermukim 4 hari 3 malam (14~17 Okt) di Kompleks Sukan Seremban 2.

Antara pertubuhan yang bertanding adalah Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia, Persatuan Seni Silat Gayung Fatani, Persatuan Seni Silat Abjad, Persatuan Seni Silat Tanah Baru NS, Persatuan Seni Silat Mega Chemandi Mega Malam dan beberapa persatuan lain.
(Upacara Penutup Kejohanan & Penyampaian Pingat)

Akademi Sukan Pencak Silat mewakili Persatuan Seni Silat Chemandee Mega Malam mempertaruhkan 20 peserta membentuk dua team (A & B) berjaya membawa pulang 8 emas, 7 perak dan 5 gangsa pada kejohanan berkenaan. Syabas bagi semua peserta juga "tabik spring" para kontinjen ASPS dalam membantu melicinkan perjalanan pesilat sepanjang kejohanan berlangsung.

(Sebahagian Kontinjen ASPS yg terlibat)

Kepada pesilat-pesilat yang berjaya merangkul emas, anda layak untuk mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan di Ipoh, Perak pada 2 minggu mendatang (info lanjut sila rujuk jurulatih atau PESAKA NS).

(Suntikan semangat dari pelepas : Jemaah Kejurulatihan)

Lampiran Foto:
(Pengurus Kontijen)

Pegawai-pegawai Kontingen

Doa Pengiring diaminkan beramai-ramai.

Barisan pejuang bersama pingat masing-masing.

Lagi video & foto bakal dilampir tidak lama lagi.

Akademi Sukan Pencak Silat: Syukur, teruskan langkahmu.. perjuangan kita masih belum selesai!

3 ulasan:

  1. sybas sy ucpkn kpd pslat2 yg brjye..
    dsni ad pmbtulan sdikit yew...psukan yg brtnding ialah persatuan silat tanah baru bkn tanah rata yew...nieyh thu kek owg seremban nieyh mg mngamok dowg

    BalasPadam
  2. hoh0...tanah baru...tol uw...
    papew pun thniah pd pslat2 yg brjye dpt emas tuu yg akn mwkili ke ipoh dan terengganu
    p yg xbjye uw jgn rsau blan 12 ad g nan blan 3...t kowg bleyh tnjok an khebatan kowg tuu

    BalasPadam
  3. Sokongan pesilat & supporters kito khasnyo dari ranting Kg. Btg. Rokan amat dihargai.
    Alhamdulillah semoga jadi suntikan pada rakan pemudo yg lain, insya Allah.

    BalasPadam