SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Sabtu, April 30, 2011

Program Zon Hijau @ Penyerahan anak pokok kepada penduduk taman.

Kehadiran YB Dato' Mohd Kamil dalam program pertanian yang di adakan di Balai Raya Kg Btg Rokan pada 27hb 04.2011 jam 2.30 petang kelmarin memberi kesan mendalam terhadap penduduk kampung yang hadir bersama dalam program Zon Makanan Lembah Klang yang di ajnurkan oleh Pertanian Daerah Tampin, yang mana program ini melibatkan 3 kg iaitu Kg Btg Rokan sebagai tuan rumah, Kg Mantai serta Taman Sri Intan pekan Gemencheh.
Pengerusi JKKK sedang memberi ucapan kata aluan, bersama yang hadir Pegawai pertanian Daerah Tampin Pn Sharifah , YB Dato' Mohd Kamil ( ADUN ) serta Pengerusi JKKK Kg Mantai En Abdullah
Penduduk yg hadir serta wakil2 dari penduduk Taman Sri Intan dan Kg Mantai. Kehadiran penduduk kg berbangsa india ini jelas bahawa mereka telah mula bersetuju akan program yg di anjurkan.
YB Dato' menyampaikan amanat sempena program Zon Makanan Lembah Klang ini serta merasmikan program tersebut.
YB Dato' menerima benih pokok dari pegawai pertanian Daerah Tampin Pn Sharifah
En Abdullah Pengerusi JKKK Kg Mantai mewakili penduduk kg menerima anak benih pokok.
YB Dato' menggali serta menanam sebatang anak pokok limau kasturi sebagai simbolik program ini.
YB Dato' menyiram anak benih pokok.
Setiap peserta yang hadir dari 3 kampung akan membawa balik anak benih pokok untuk satu isi rumah, program zon hijau menggalakan penduduk kampung menanam pokok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan