SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Ahad, November 14, 2010

Rabbani dan Adabi Di Teratak Ct Rosdin

Pada14/11/2010 ( ahad ) Teratak Ct Rosdin riuh rendah dengan pelbagai ragam artis2 Nasyid yang x asing lagi iaitu kumpulan Rabbani dan ini bukan lah kali pertama kumpulan Rabbani ini hadir ke Rumah Dato' Nasarudin..Cuma kehadiran kali ini berbeza dari sebelum ini.. Amat bertuah juga kerana Pihak RTM dan ADABI juga tidak ketinggalan untuk bersama membuat satu rakaman di Teratak Ct Rosdin ini..Pihak ADABI juga memperkenalkan Produk2 keluaran syarikatnya seperti rempah rendang, ketupat segera sebagai santapan menjelang Aidul Adha yang bakal tiba.
Berbual2 mesra antara Dato' Nasarudin bersama Datin Nayaros dengan anggota kumpulan Rabbani dan Chef Muhammad. Banyak juga sejarah kenangan antara Dato' dengan anggota Rabbani..
Seisi Rakaman memasak rendang daging kurban oleh Chef Muhammad bersama anggota Rabbani menggunakan Rempah serbaguna ADABI di wawancarakan oleh Edy Junaidi Diva Inspirasi hiburan masa kini RTM.
Masak Lomang buatan Rabbani...
Ni pula sedang ngacau dodol... 4 jam nak nunggu masak...
Banyak lagi agenda2 yang w.k x paparkan. semua ada di dalam FaceBook Kg Btg Rokan.
dan seluruh warga kampung tumpang bangga akan satu2 kejadian yang tidak terfikir akan berlaku di kg ini. Amat bertuah bagi Kampung ini mempunyai seorang Dato' yang sentiasa memberi input dan menjenamakan Kg ini agar lebih kenali..

Rabu, November 10, 2010

Lain2 hal pada bulan November

Sekali di imbas begitu cepat masa berlalu, hinggakan admin pun rasa x sempat lagi untuk sentiasa bersama, namun paparan tetap admin keluarkan..
kali ini kisah sebatang pokok yang besar di tepi jalan utama menghala ke Felda Bukit Rokan, w.k telah menghantar surat ke JKR untuk menebang sahaja pokok yang di khuatir membahayakan pengguna jalan raya.
jelas pada 10/11/2010 jam 4.00 petang hadirnya sekumpulan kakitangan JKR untuk mencantas sahaja dahan2 pokok tersebut. Ini bermakna jalan penyelesaian tidak berhenti setakat ini sahaja. w.k harus kemukakan masalah pokok tersebut agar di tebang.
kelihatan kakitangan JKR daerah Tampin sedang bertungkus lumus menebang, mencantas dan membersihkan pokok2 lain yang berada di tepi jalan utama Kg ini.
Terima Kasih w.k ucapkan khas buat kontijen/jentera JKR yang sering turun padang memantau aspek keselamatan pengguna jalan raya.
Ni pula pandangan pintu masuk ke Pinggir Rokan Kecil atau di panggil Pinggir Bukit Rokan Kecil yang mana kawasan ini bukan la kawasan Felda, cuma nama je.. namun ia di bawah jajahan JKKK Kg Btg Rokan.
Bayangkan jalan yang sebelum ini semak belukar telah berubah menjadi spead way... ni belum letak batu kasiran. pembersihan jalan sejauh 8 kilo meter ini telah di bahagi kepada 2 kontraktor yang berkebolehan dan berkaitan dengan bidang2.
Ini pula salah satu projek bangsa asing di kawasan kg iaitu tapak timbang jual beli buah sawit, lokasi ialah tanah Hj Ali tepi jalan utama. org asing ni berpindah dari tapak lama sebelah rumah rakyat Kg yg mana tapak tersebut akan di jadikan Pejabat dan tempat timbang berat kenderaan berat JPJ Daerah(mungkin).
nantikan paparan lain dan jadi lah rakan FB di kgbtgrokan..

Isnin, November 01, 2010

Pelbagai kisah sepanjang Oktober

Pelbagai paparan dalam bulan ini w.k maklumkan kepada pengunjung blog...

foto lama menunjukan keadaan pokok di jalan utama kg menghala ke Felda yang agak membimbangkan pengguna jalan raya.
Foto sekarang. segala pokok telah di tebang.
Projek baru mengganti paip air lama dari Masjid menghala ke Taman Rumah Rakyat..26/10/2010
Lawatan Kontrak Felcra dan Pengerusi JKKK ke salah satu kebun yang akan di usahakan oleh Felcra Berhad seluas 50 Hektar minggu depan.. pada 25/10/2010
Gerakan Belia aktif membaik pulih satu mesen rumput yang telah hampir 9 tahun rosak dan akhirnya berjaya..pada 23/10/2010
Satu lagi keistimewaan yang di perolehi untuk penduduk kg...

Program BBQ belia dan ASPS cwg Kg pada 27/10/2010

 ada lagi paparan yg w.k x sempat nak muat turun, namun selebihnya ada d FaceBook Kg Btg Rokan.. Kg Btg Rokan telah menerima lagi Projek pembersihan jalan Pinggir, Pembersihan Tanah terbiar untuk tanaman Sawit, dan pelbagai..

Rabu, Oktober 20, 2010

Chemadee Mega Malam ( ASPS ) gegar Seremban

Link ASPS 
Sedutan dari Blog ASPS.. Terima Kasih Admin..
Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Sembilan baru saja melabuhkan tirai kejohanan petang tadi setelah bermukim 4 hari 3 malam (14~17 Okt) di Kompleks Sukan Seremban 2.

Antara pertubuhan yang bertanding adalah Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia, Persatuan Seni Silat Gayung Fatani, Persatuan Seni Silat Abjad, Persatuan Seni Silat Tanah Baru NS, Persatuan Seni Silat Mega Chemandi Mega Malam dan beberapa persatuan lain.
(Upacara Penutup Kejohanan & Penyampaian Pingat)

Akademi Sukan Pencak Silat mewakili Persatuan Seni Silat Chemandee Mega Malam mempertaruhkan 20 peserta membentuk dua team (A & B) berjaya membawa pulang 8 emas, 7 perak dan 5 gangsa pada kejohanan berkenaan. Syabas bagi semua peserta juga "tabik spring" para kontinjen ASPS dalam membantu melicinkan perjalanan pesilat sepanjang kejohanan berlangsung.

(Sebahagian Kontinjen ASPS yg terlibat)

Kepada pesilat-pesilat yang berjaya merangkul emas, anda layak untuk mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan di Ipoh, Perak pada 2 minggu mendatang (info lanjut sila rujuk jurulatih atau PESAKA NS).

(Suntikan semangat dari pelepas : Jemaah Kejurulatihan)

Lampiran Foto:
(Pengurus Kontijen)

Pegawai-pegawai Kontingen

Doa Pengiring diaminkan beramai-ramai.

Barisan pejuang bersama pingat masing-masing.

Lagi video & foto bakal dilampir tidak lama lagi.

Akademi Sukan Pencak Silat: Syukur, teruskan langkahmu.. perjuangan kita masih belum selesai!