SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Ahad, November 14, 2010

Rabbani dan Adabi Di Teratak Ct Rosdin

Pada14/11/2010 ( ahad ) Teratak Ct Rosdin riuh rendah dengan pelbagai ragam artis2 Nasyid yang x asing lagi iaitu kumpulan Rabbani dan ini bukan lah kali pertama kumpulan Rabbani ini hadir ke Rumah Dato' Nasarudin..Cuma kehadiran kali ini berbeza dari sebelum ini.. Amat bertuah juga kerana Pihak RTM dan ADABI juga tidak ketinggalan untuk bersama membuat satu rakaman di Teratak Ct Rosdin ini..Pihak ADABI juga memperkenalkan Produk2 keluaran syarikatnya seperti rempah rendang, ketupat segera sebagai santapan menjelang Aidul Adha yang bakal tiba.
Berbual2 mesra antara Dato' Nasarudin bersama Datin Nayaros dengan anggota kumpulan Rabbani dan Chef Muhammad. Banyak juga sejarah kenangan antara Dato' dengan anggota Rabbani..
Seisi Rakaman memasak rendang daging kurban oleh Chef Muhammad bersama anggota Rabbani menggunakan Rempah serbaguna ADABI di wawancarakan oleh Edy Junaidi Diva Inspirasi hiburan masa kini RTM.
Masak Lomang buatan Rabbani...
Ni pula sedang ngacau dodol... 4 jam nak nunggu masak...
Banyak lagi agenda2 yang w.k x paparkan. semua ada di dalam FaceBook Kg Btg Rokan.
dan seluruh warga kampung tumpang bangga akan satu2 kejadian yang tidak terfikir akan berlaku di kg ini. Amat bertuah bagi Kampung ini mempunyai seorang Dato' yang sentiasa memberi input dan menjenamakan Kg ini agar lebih kenali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan